MENYAMBUNG pengajian ke peringkat yang lebih tinggi merupakan keputusan tepat bagi mengubah taraf hidup seseorang.Namun bagi pasangan suami isteri, sebarang keputusan berkaitan menyambung pengajian sepatutnya dibincangkan bersama, terutama apabila ia melibatkan urusan menjaga anak dan kewangan keluarga. Situasi yang berlaku itu membuatkan seorang wanita meluahkan rasa terkilan sejurus mengetahui suaminya mendaftar untuk melanjutkan pelajaran tanpa mendapatkan persetujuannya terlebih dahulu."Salah ke kalau aku rasa marah suami mohon sambung belajar tanpa persetujuan bersama.Keputusan menyambung pengajian perlu dibincangkan bersama pasangan. -Gambar hiasan AI"Tahu-tahu dah daftar belajar di luar negeri untuk setahun lima bulan dan tinggalkan aku bersama tiga anak kecil yang masih tadika," luahnya di Threads.Dia yang kini berada dalam keadaan tertekan turut menyatakan, suaminya hanya mempunyai masa kurang seminggu sebelum berangkat ke institusi pengajian tersebut.Tambahan pula persiapan bagi menghadapi kehidupan sepanjang ketiadaan lelaki itu belum dilakukan."Kurang daripada seminggu sebelum dia tinggalkan kami, dengan tak ada persediaan apa-apa," luahnya kecewa.Wanita terkilan suami daftar sambung belajar tanpa persetujuannya.Suami bakal belajar di luar negeri selama setahun lima bulan.Isteri perlu menguruskan tiga anak kecil sepanjang ketiadaan suami.Suami tiada pendapatan sejak dua bulan, sewa rumah didahulukan isteri.Netizen mempersoalkan tindakan suami membuat keputusan tanpa berbincang.Ringkasan ini dijana oleh AIAdunya lagi, kebimbangan dirasai bukanlah sekadar mengenai tanggungjawab menguruskan tiga anak kecil, sebaliknya turut membabitkan sumber pendapatan untuk menampung keperluan keluarga.Ia berikutan suaminya sudah dua bulan tidak mempunyai pendapatan sehingga dia terpaksa mendahulukan wang sendiri bagi membayar sewa rumah."Suami aku ini sudah dua bulan tidak ada pendapatan. Sewa bulan ini pun aku dahulukan duit aku."Kalau dia pergi, macam mana pendapatan kami sekeluarga? Macam mana aku nak teruskan hidup?" luahnya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri ‘mental’ suami bagi ‘silent treatment’, tiada ruang berbincang gara-gara luah hasrat kembali bekerja bayar hutang PTPTNARTIKEL BERKAITAN: Nafkah cukup, tanggungjawab terhadap keluarga ‘A’ tapi liat bangun solat Subuh... Isteri takut nak kejut bimbang suami kecil hatiPerkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya menyatakan dia boleh menuntut talak khuluk kerana terkandung dalam lafaz taklik."Dia nak lari daripada awak, cakap je dengan dia yang empat bulan tanpa nafkah, awak dah boleh tuntut cerai."Memang awak boleh marah sebab setelah berkahwin, apa sahaja keputusan kena berbincang dan sambung belajar ini perkara besar."Kalau dah semua buat sendiri, faham-fahamlah awak," demikian reaksi netizen.