suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Janna Nick tumpang gembira isteri Achey hamil, Fendy Bakry kongsi amalan suami makan tembikai merah ketika isteri ‘period’

Janna (kanan) tumpang gembira dengan berita kehamilan isteri Achey.

PERKONGSIAN berita kehamilan isteri Achey selepas 15 tahun menanti zuriat ternyata menyentuh hati pelakon Janna Nick.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 31, berkata dia turut sebak melihat reaksi Nor Hasanah Yahaya atau lebih mesra disapa Anne yang kelihatan gementar ketika menunggu keputusan doktor mengenai kehamilannya.

"Sedihnya (yang gembira) tengok video Anne (panggilan isteri Achey) dan Achey dapat bayi. Penantian 15 tahun tu, berkaca mata tengok Anne gementar masa dekat luar bilik doktor sementara menunggu keputusan. 

"Sesungguhnya Allah Maha Baik, Maha Mendengar," katanya menerusi satu hantaran dimuat naik di Threads miliknya. 

Fendy turut berkongsi tip mendapatkan zuriat kepada Janna (kanan).

Dalam pada itu, perkongsian Janna turut menarik perhatian pelakon Fendy Bakry yang turut meninggalkan komen berkongsi beberapa amalan sebagai ikhtiar mendapatkan zuriat.

Fendy yang turut melalui perjuangan sama berkata, setiap pasangan perlu terus kuat dan percaya bahawa rezeki untuk menimang cahaya mata akan tiba pada waktu yang tepat.

"Sujud akhir minta suami baca rabbi habli minas-saliheen. Dalam masa haid minta dia amalkan makan tembikai merah. 

ARTIKEL BERKAITAN: Jalani IVF kali kedua, isteri sebak lihat pengorbanan Achey urus rumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick nekad berhenti rawatan dapatkan anak, bosan dikritik gempal

"Selepas itu dah subur lepas sehari dua pandai-pandailah. Aku pun berjuang tapi bukan masanya lagi kot sebab Dia (Tuhan) nak didik kita dengan sesuatu sebelum sampai masanya. 

"Terus kuat dan moga peroleh zuriat, baik untuk siapa yang melihat mahupun membaca," katanya. 

Pada Selasa, Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 38, berkongsi berita gembira apabila isterinya disahkan hamil selepas menjalani rawatan IVF buat kali kedua. 

Enggan mendedahkan usia kandungan isterinya, Achey bagaimanapun memaklumkan bayi mereka dijangka dilahirkan pada Hari Raya Aidiladha tahun depan. 

Janna (kanan) dan suami sedang berusaha mendapatkan zuriat.

Untuk rekod, Janna mendirikan rumah tangga dengan pelakon Dini Schatzmann pada 10 Jun 2023.

Janna sebelum ini mendedahkan dia sedang mengambil hormon sebagai salah satu ikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata.

Bagaimanapun, pelakon itu mengakui pernah berputus asa untuk meneruskan usaha mendapatkan zuriat selepas tidak tahan berdepan kecaman segelintir pihak yang sering mempersoalkan bentuk fizikalnya.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain