suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami mendongak langit sejak gaji naik RM1,000, berani perlekeh isteri siap nak tambah ‘cawangan’ - “Suri rumah inilah doa dia murah rezeki”

Seorang suami tidak sepatutnya memperlekehkan isterinya. -Gambar hiasan AI

KEPUTUSAN seorang wanita meninggalkan karier demi menguruskan suami dan anak-anak seperti disia-siakan apabila pengorbanan itu tidak dihargai pasangan sendiri.

Lebih menyakitkan hati apabila suami mula bersikap angkuh dan tergamak merendah-rendahkan isteri sendiri yang kini hanya memegang status suri rumah.

Itu situasi sedang dialami wanita ini yang terluka dengan ucapan 'menikam' suaminya selepas lelaki itu mendapat kenaikan gaji sebanyak RM1,000.

Tidak cukup dengan itu, pasangannya itu tanpa rasa bersalah meluahkan hasrat untuk berkahwin lain hanya kerana percaya kenaikan pendapatan itu membuatkan dia mampu menanggung dua orang isteri.

Wanita bekerjaya sering menyumbang kewangan bagi membantu ekonomi keluarga. -Gambar hiasan AI

Wanita bekerjaya sering menyumbang kewangan bagi membantu ekonomi keluarga. -Gambar hiasan AI

"Luka terbesar aku dalam perkahwinan ini apabila suami cakap awak ini suri rumah, apa perubahan pun tak ada! Tengok macam saya, tiap-tiap tahun dapat kenaikan gaji dan bonus.

"Saya nak beli kereta barulah. Kalau awak tak bagi, kena bagi saya tambah isteri seorang lagi.

"Dia tak sedar, suri rumah ini lah yang sering Dhuha dan Tahajud doakan dia murah rezeki," luahnya di Threads.

Dia yang kini kembali bekerja memberitahu disebabkan sikap angkuh suaminya itu, dia tidak lagi menyebut namanya dalam setiap doanya.

Mengimbas pengorbanan dilakukan, dia sanggup meninggalkan kariernya demi membesarkan anak-anak mereka yang berusia enam bulan sehingga tiga tahun.

  • Seorang wanita mendakwa suaminya memperlekeh dirinya sebagai suri rumah selepas menerima kenaikan gaji RM1,000.
  • Suaminya turut menyatakan hasrat menambah isteri sekiranya tidak dibenarkan membeli kereta baharu.
  • Dia pernah berehat daripada kerjaya demi menjaga anak, menghantar bekal dan merawat suami ketika sakit.
  • Wanita itu kini kembali bekerja dengan gaji lebih tinggi, sementara suaminya didakwa dibebani masalah kewangan.
  • Terkilan dengan penghinaan diterima, dia mengakui berhenti mendoakan agar suaminya dimurahkan rezeki.

Sepanjang tempoh itu juga, dia juga tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap suami malah akan menghantar bekal makan tengah hari ke tempat kerja lelaki tersebut setiap hari. 

"Sia-sia aku menyokong dia selama ini. Sakit, kemalangan aku jaga dan rawat sampai sembuh," tambahnya yang mengakui berasa terhina dengan sikap suaminya.

Meskipun kecewa dan terluka namun dia bukan seorang wanita lemah dan mudah dipijak walaupun suami sendiri.

Sebaliknya, sikap angkuh dan sombong suaminya itu tidak bertahan lama tanpa perlu dia berbuat apa-apa.

"Aku kembali bekerja dengan gaji lebih tinggi daripada dia. Dia beli kereta diluar kemampuan untuk menunjuk-nunjuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita jauh hati suami tergamak hina bau badan macam sinki! Geli isteri makin gemuk, hitam lepas bersalin

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri buang semua stok susu badan tanda protes… Hancur hati dihina makan pelahap depan kawan

"Tapi belum 10 hari bulan, gaji dia sudah habis sampai masuk AKPK sebab kad kredit," tambahnya.

Kisahnya itu mendapat perhatian ramai netizen yang turut bersimpati dengan nasib dialami.

"Sebab hinaan macam inilah buat isteri-isteri berhenti mendoakan suami dia.

"Tak faham spesis suami yang suka nak merendah-rendahkan isteri, mungkin tak sedar yang isteri sanggup berkorban," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain