suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri buang semua stok susu badan tanda protes… Hancur hati dihina makan pelahap depan kawan

Sokongan suami dapat membantu menjaga emosi dan kesihatan mental isteri. -Gambar hiasan AI

KEBANYAKAN wanita mengimpikan perkahwinan yang bahagia dan pasangan yang saling melengkapi.

Namun malangnya, tidak semua berpeluang menikmati indahnya kehidupan berumah tangga seperti mana nasib malang yang menimpa wanita ini.

Lebih menambah rasa pilu apabila dia bukan sahaja terpaksa menjalani kehidupan yang menyedihkan sebagai suri rumah tangga, malah sering menjadi mangsa hinaan suami sendiri.

"Suami saya baru je hina saya lepas saya tegur seorang kawan. Saya tanya kenapa dia makan sikit sangat. Kemudian suami saya balas... dia bukan makan pelahap macam kamu," luahnya di Thread.

Mengakui tersangat terkilan dengan situasi yang berlaku, dia menjelaskan bahawa keinginan untuk makan secara berlebihan itu berpunca daripada rasa lapar yang melampau akibat menyusukan bayi.

Wanita yang menyusukan anak cenderung makan secara berlebihan. -Gambar hiasan AI

Wanita yang menyusukan anak cenderung makan secara berlebihan. -Gambar hiasan AI

Malah katanya, perkara sama turut dilalui oleh mana-mana golongan ibu yang mempunyai bayi kecil dan menyusu badan sepenuhnya.

"Ibu yang menyusu mesti tahu rasa lapar macam mana selepas menyusukan anak, itupun saya makan dua kali je sehari.

"Suami pun hanya mampu bagi makan telur sahaja walau semasa dalam tempoh berpantang," adunya yang mula mengimbau penderitaan semasa tempoh berpantang dahulu.

Seolah-olah 'dihantui' dan terkesan dengan kata-kata kejam suaminya, wanita ini kemudian bertindak di luar jangka apabila sanggup membuang semua stok susu badan yang dipam dan disimpan di dalam peti ais.

  • Wanita sedih sering dihina suami walaupun hanya menegur rakan lelaki itu.
  • Dakwa suami gelar dirinya kuat makan kerana lapar akibat menyusukan bayi.
  • Mengaku hanya makan telur walaupun ketika berpantang selepas bersalin.
  • Kecewa hingga buang semua susu badan yang dipam dan simpan.
  • Nasihat wanita lain bijak pilih suami, netizen turut bersimpati.

Tidak hanya itu, dia juga meminta suaminya membelikan susu formula untuk bayi mereka sekali gus menggambarkan rasa kecewa dengan layanan yang diterima.

"Sebelum ini saya tidak mengungkit tapi apabila dia cakap macam tu, saya jadi marah... saya buang semua susu yang telah dipam.

"Saya minta dia beli susu formula untuk baby," luahnya sambil mengakui rasa kesal kerana telah membuang semua susu yang dikhaskan untuk bayinya.

Tambahnya lagi, perselisihan faham yang berlarutan itu menyebabkan anaknya menjadi mangsa keadaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri rasa terhina, suami muda 10 tahun asyik hina fizikal... Bentuk buntut, dada, bau ketiak semua tak tepati 'selera'

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita jauh hati suami tergamak hina bau badan macam sinki! Geli isteri makin gemuk, hitam lepas bersalin

Situasi yang dialami itu membuatkan dia turut menitipkan pesanan buat kaum hawa agar bijak memilih lelaki untuk dijadikan suami.

"Tolonglah bijak pilih suami, jangan jadi mcam saya tersilap pilih. Jadi isteri yang tidak bekerja ni memang sangat sedih ya," luahnya dalam nada kecewa dan pilu.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib wanita berkenaan serta menggesanya mendapatkan sokongan daripada keluarga dan individu terdekat.

"Kesiannya... kepada lelaki, miskin tak apa tapi kena tahu bertanggungjawab dan ada sifat ihsan pada isteri.

"Angkat kakilah, seumur hidup tu terlalu lama untuk hadap perangai merendah-rendahkan isteri macam tu," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain