suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Satu sen pun dia tak tolong” - Isteri berdendam, kecewa suami sanggup biar kereta ditarik bank... Tekad fail cerai kali ketiga

Masalah kewangan sering menjadi punca perselisihan faham antara suami dan isteri. -Gambar hiasan AI

DALAM sesebuah perkahwinan, perihal kewangan sering menjadi punca utama yang menggugat keharmonian rumah tangga.

Situasi menjadi lebih tegang apabila terdapat pasangan yang tidak bersikap tulus dan jujur dalam perhubungan.

Begitulah tamparan hebat yang dilalui wanita ini apabila dia akhirnya mengetahui bahawa suaminya mempunyai simpanan peribadi mencecah puluhan ribu ringgit.

Lebih menambah rasa kecewa dan remuk apabila perkara tersebut hanya diketahui selepas kenderaannya ditarik pihak bank akibat tidak mampu melunaskan bayaran bulanan.

Pasangan suami isteri tidak lekang dari konflik berkaitan kewangan. -Gambar hiasan AI

Pasangan suami isteri tidak lekang dari konflik berkaitan kewangan. -Gambar hiasan AI

"Aku dah lama tak buka telefon suami aku, tapi hari tu aku buka dan tengok baki akaun bank dia... ada puluh-puluh ribu.

"Aku sentap bukan sebab apa, kereta aku kena tarik hari tu, sesen pun dia tak tolong sampai aku terpaksa pergi meminjam dengan abang dan kawan aku," luahnya di Thread.

Situasi itu menyebabkan dia mula mengimbau penat lelah dan pengorbanannya sepanjang mendirikan rumah tangga.

Malah wanita itu turut mendakwa, selama ini dia yang menanggung segala keperluan rumah termasuk bil utiliti dan barang dapur.

  • Wanita kecewa ketahui simpanan suami cecah puluhan ribu ringgit dalam akaun.
  • Dakwa terpaksa pinjam duit selepas keretanya ditarik pihak bank.
  • Mengaku banyak tanggung bil, ansuran kereta dan belanja rumah.
  • Terkilan suami simpan wang untuk bisnes tetapi tidak bantu ketika susah.
  • Kini mahu fail cerai kali ketiga, netizen gesa tuntut harta sepencarian.

"Kereta nama aku dan aku yang bayar tapi dia pun guna juga kereta tu. Segalanya dalam rumah memang guna duit aku.

"Duit dia guna untuk keperluan dia tapi dia ada juga menyumbang cuma portion aku yang lebih besar sebab selebihnya dia simpan untuk buka bisnes.

"Apabila tengok simpanan yang banyak tu, aku macam flashback segala perbelanjaan untuk dia dan keluarga termasuk kereta kena tarik," tambahnya yang terkilan dengan suami yang disifatkan sebagai tidak prihatin.

Mengakui kecewa dengan apa yang berlaku, pengadu turut mendedahkan bahawa dia kini dalam proses memfailkan perceraian buat kali ketiga.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita mahukan suami 'provider', jadikan bapa idola dicerca! BF bengang cadangan kongsi komitmen lepas kahwin ditolak

ARTIKEL BERKAITAN: Lima tahun isteri jadi ‘provider’ keluarga, lelaki 40-an rasa diri tak berguna... Malu tengok pencapaian orang sekeliling

"Aku nak failkan cerai kali ketiga, anak-anak aku bagi dia semua... lantaklah nak jadi apa. Moga berjaya tutup hati aku selamanya, serius penat dengan orang yang tak pernah fikir aku sebagai keutamaan dalam segala aspek," luahnya pilu.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib dialaminya.

Tidak kurang juga yang menitipkan kata semangat dan menyatakan pasangan suami isteri perlu lebih terbuka dalam soal kewangan bagi mengelakkan salah faham serta konflik berpanjangan.

"Apa guna ada suami yang tak rela berkongsi susah senang bersama, sangat penting diri.

"Jangan lupa claim semuanya sebagai harta sepencarian dan pastikan tahu semua harta atau tanah serta rumah atas nama dia," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain