suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Tak payah beria sangat, anak tiri je” - Wanita syukur ibu tiri tepis hasutan kawan, ikhlas besarkan bukan darah daging

Status bukan penghalang bagi seorang wanita menumpahkan kasih sayang buat anak tiri. -Gambar hiasan AI

IBU tiri sering kali digambarkan secara negatif oleh masyarakat sebagai seorang wanita yang bersikap garang, kejam dan tidak mesra terhadap anak tiri. 

Namun, seorang wanita tampil berkongsi pengalaman berbeza apabila mengenang kembali kebaikan arwah ibu tirinya yang begitu banyak berjasa dalam membentuk kehidupannya sehingga dewasa.

Menurut wanita itu, arwah merupakan insan yang sangat bertanggungjawab serta penyayang tanpa pernah membezakan status anak kandung atau anak tiri.

Ibu tiri sering digambarkan sangat bertegas dengan anak tiri. -Gambar hiasan AI

Ibu tiri sering digambarkan sangat bertegas dengan anak tiri. -Gambar hiasan AI

"Saya dibesarkan oleh arwah mak tiri. Arwah uruskan semua keperluan saya sampai kahwin.

"Saya tak pernah anggap arwah sebagai mak tiri sebab tak pernah rasa dia jaga saya selama ni seperti anak tiri," katanya mengimbas memori indah tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis 10 tahun tak raya gara-gara bapa ada bini muda, ibu ‘warning’ jangan jumpa mak tiri - “Kau pergi aku haramkan susu aku!”

ARTIKEL BERKAITAN: “Cukuplah mak aku je rasa!” - Bapa nak kahwin lain lepas setahun menduda, anak bimbang nasib bakal ibu tiri dapat suami tak baik

Wanita itu turut berkongsi satu kenangan yang meruntuh jiwa apabila ada individu luar pernah menghasut arwah supaya tidak terlalu berlebih-lebihan dalam menjaga dirinya hanya disebabkan status sebagai anak tiri.

"Masa saya nak kahwin, kawan arwah cakap... tak payah la beria sangat untuk anak tiri awak tu. Anak tiri je. Lepas kejadian tu mak balik menangis, mengadu dekat nenek," katanya.

Sebagai tanda penghargaan dan bagi membalas segala jasa yang pernah dicurahkan, wanita ini nekad membantu sebaik mungkin dari segi persiapan perkahwinan adiknya, iaitu anak kandung hasil perkongsian hidup arwah bersama bapanya.

"Alhamdulillah saya cuba bantu sebaik mungkin seperti mana arwah pernah ada untuk saya.

"Semoga setiap keringat ibu tiri yang ikhlas untuk anak tirinya dibalas dengan pahala," katanya.

  • Wanita berkongsi pengalaman dibesarkan oleh arwah ibu tiri yang sangat penyayang.
  • Arwah menjaga segala keperluan hingga dia mendirikan rumah tangga.
  • Ibu tiri itu tidak pernah membezakan anak kandung dan anak tiri.
  • Wanita turut berkongsi kenangan arwah pernah menangis akibat kata-kata orang.
  • Perkongsian itu menyentuh hati netizen tentang kasih sayang tanpa batas.

 

Lebih menyentuh hati, dia mendedahkan betapa arwah ibu tirinya itu sangat mengambil berat tentang masa depannya sehinggakan wanita itu pernah melihat arwah menitiskan air mata hanya disebabkan dia lambat menguasai bacaan dan masih belum mengenal huruf ketika kecil.

Perkongsian yang penuh emosi itu ternyata menarik perhatian warga maya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum serta bersyukur melihat hubungan murni antara anak dan ibu tiri yang saling menerima serta menyayangi antara satu sama lain dengan penuh keikhlasan.

"Alhamdulillah, sama macam bapa tiri saya juga. Masa saya nak kahwin, dia yang banyak bantu, syukur sangat.

"Syukur, mesti arwah seorang yang sangat baik sepanjang membesarkan awak," komen warga maya.

Artikel Lain