SEPULUH tahun tidak meraikan Hari Raya Aidilfitri membuatkan hati seorang gadis membuak-buak ingin merasai kemeriahan perayaan itu bersama keluarga.Cerita gadis ini, puncanya disebabkan bapanya berkahwin dua ketika dia berusia enam tahun sebelum perkara itu dihidu ibunya empat tahun kemudian. Sejak itu, ibunya enggan pulang meraikan lebaran di kampung sebelah bapa kerana berasa dikhianati oleh keluarga mentua yang tidak memaklumkan perkahwinan tersebut kepadanya."Sebelah mama (ibu kandung) keluarga kecil dan broken family. Salam raya pun tidak ada. Orang datang atau pergi beraya pun tak."Mama memang duduk rumah, kalau ajak beraya pun tak mahu. Alasannya tidak mahu orang tanya di mana suaminya.Aidilfitri adalah saat yang paling dinanti umat Islam. -Gambar hiasan AI"Berbeza dengan famili sebelah ayah. Memang meriah, beraya tak henti-henti," katanya.Ceritanya lagi, dalam tempoh 10 tahun dia sendiri jarang dapat memakai baju raya atau mengambil gambar kenang-kenangan seperti kebanyakan keluarga lain di pagi Syawal."Apabila tengok kawan-kawan muat naik gambar dan video raya, memang rasa sedih sebab orang lain beraya tetapi saya hanya duduk di rumah tengok televisyen," katanya.Tanpa berselindung, dia mengakui berasa marah dan cemburu terhadap bapa dan keluarganya kerana masih boleh meraikan hari raya seolah-olah tiada apa berlaku.Sedangkan dia dan ibunya terpaksa memendam rasa semenjak bapanya beristeri muda. ARTIKEL BERKAITAN: “Mata jangan jadi lalat, mulut tutup!” - Wanita bagi peringatan ‘makan dalam’, jaga adab atau dibenci masa rayaARTIKEL BERKAITAN: Mentua tak izin duduk hotel, hari raya kena berkumpul... Wanita menyusu badan bimbang soal aurat, tidur lambak depan ruang tamu"Saya tak boleh meraikan hari raya sebab ayah kahwin lain. Tahun lepas saya hilang sabar dan pergi beraya di rumah mommy (panggilan ibu tiri)."Tapi mama cakap dekat saya, kau pergi jumpa dia, aku haramkan semua termasuk susu aku," katanya.Katanya lagi, dia bertindak sedemikian kerana ingin merasai kemeriahan Aidilfitri selain meluangkan masa bersama keluarga bapanya.Namun di sebalik perasaan itu, dia juga menahan amarah terhadap ibu tirinya kerana merasakan wanita itu punca keluarganya berantakan dan dia tidak dapat meraikan hari raya."Saya rasa macam nak tampar dan jerit dekat mommy! Sebab dia rampas bapak, aku tak raya 10 tahun.Gadis dilema mahu beraya dengan ibu kandung atau ibu tiri.Ibunya enggan beraya di sebelah keluarga bapa sejak suami kahwin lain.Akibatnya, sambutan raya bersama ibu menjadi sunyi.Dia sedih melihat rakan menikmati kemeriahan raya.Kini dia terfikir beraya dengan keluarga bapa walaupun ibunya melarang.Ringkasan ini dijana oleh AI"Tapi ada masa rasa macam bestnya dapat beraya dengan mommy," ujarnya.Katanya, dia dalam dilema sama ada tindakannya memilih beraya bersama keluarga bapanya dianggap sebagai menderhaka kepada ibu atau sekadar merasai nikmat Aidilfitri yang hilang.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang memberikan pelbagai pandangan dengan ada yang bersetuju dan ada melarang beraya dengan ibu tiri."Pergi la beraya dik, sampai bila-bila awak tidak akan faham dengan perasaan mak yang rasa dikhianati oleh ayah awak."Nanti kalau awak dah bersuami awak faham kenapa mama awak macam tu. Luka dia terlalu dalam," katanya.