suria

“Mata jangan jadi lalat, mulut tutup!” - Wanita bagi peringatan ‘makan dalam’, jaga adab atau dibenci masa raya

Orang ramai disaran menjaga adab ketika datang beraya. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita menitipkan pesanan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri agar masyarakat lebih menjaga tutur kata ketika berkunjung ke rumah saudara-mara dan rakan.

Menerusi perkongsiannya, dia mengingatkan orang ramai supaya tidak bersikap seperti 'mata lalat' dengan memerhati serta mengkritik kekurangan orang lain.

Katanya, menjaga adab dan sensitiviti ketika beraya mampu mengelakkan perasaan kurang selesa dalam kalangan keluarga serta rakan-rakan.

"Kalau tengok baju orang ala kadar, emas tak tebal, duit raya sikit, hidangan simple, sofa tak ganti, kereta masih Axia, beg tak berjenama, badan gemuk, kulit hitam. 

Berbualah topik yang menyenangkan hati semua ketika beraya. -Gambar hiasan AI

Berbualah topik yang menyenangkan hati semua ketika beraya. -Gambar hiasan AI

"Jangan kata apa-apa. Mata jangan jadi lalat, mulut jangan jadi laser," katanya.

Wanita itu turut menasihatkan agar tidak mengajukan soalan sensitif kepada orang lain yang mungkin menyinggung perasaan mereka.

"Tengok orang bujang jangan ditekan bila nak kawin, yang bercerai jangan ditanya kenapa, yang tak beranak jangan ditanya bila nak beranak. 

ARTIKEL BERKAITAN: Jahanam TV! Lelaki geram anak tetamu tiada adab, mak ayah 'sporting' tak bertempat - "Biar la budak-budak"

ARTIKEL BERKAITAN: Malu anak tiri tak jaga adab masa raya, tapi wanita malas tegur! Risau famili mentua anggap dera - “Mereka geng bekas isteri suami”

"Juga jangan tanya jawatan kerja dan gaji orang berapa. Ia tidak beradab," katanya.

Sebaliknya, dia mencadangkan agar tetamu berbual mengenai perkara yang lebih positif dan santai.

"Sebagai contoh, jika rakan gemar melancong, mereka boleh bertanya pengalaman perjalanan seperti sama ada destinasi tersebut menarik, selamat atau berbaloi untuk dikunjungi.

  • Seorang wanita menasihatkan masyarakat menjaga tutur kata ketika berkunjung sempena Aidilfitri.
  • Orang ramai diingatkan agar tidak mengkritik penampilan, harta atau gaya hidup tuan rumah.
  • Soalan sensitif seperti kahwin, anak dan gaji disaran dielakkan.
  • Perbualan positif dan santai lebih sesuai bagi mengeratkan silaturahim.
  • Perkongsian itu dipersetujui netizen yang turut berkongsi pengalaman ditanya soalan mengguris hati.

Begitu juga dengan individu yang meminati motosikal, pujian ringkas terhadap motosikal mereka sudah memadai untuk memulakan perbualan yang lebih mesra," katanya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang bersetuju bahawa menjaga adab dan sensitiviti ketika beraya sangat penting dalam mengelak perasaan kurang selesa dalam kalangan tetamu.

"Macam biasa tiap tahun raya mak cik bawang akan tanya bila nak tambah anak. Cuba doa je baik-baik, jangan nak buat orang terasa hati.

"Kadang tu dah tanya cukuplah. Ni menekan-nekan suruh jawab kenapa?," komen warga maya.

Artikel Lain