suria

Tak halang jiran ambil hasil tanaman tepi rumah, tapi bila minta mangga kena bayar RM6 sekilo - “Tergelak aku dibuatnya!”

Ramai yang gemar berkongsi hasil tanaman dengan jiran tetangga. -Gambar hiasan AI

KITA yang berbudi kepada tanah, jiran pula tuai hasilnya!

Itu situasi terpaksa ditelan oleh seorang wanita apabila sifat pemurahnya diambil kesempatan oleh jirannya yang menjadikan tanaman di laman rumahnya sebagai 'pasar raya' setiap kali mahu memasak.

Memilih mendiamkan diri sikap jirannya itu, wanita tersebut enggan 'berperang' kerana ingin menjaga silaturahim dan ukhwah sesama jiran selain menganggap ia isu remeh.

"Jiran sebelah rumah aku biasa minta serai, cili, daun limau purut... Kadang-kadang daun pandan dekat rumah aku.

Sambal mangga muda dan anak pokok yang ditanamnya.

Sambal mangga muda dan anak pokok yang ditanamnya.

"Aku bagi jer sebab bukan habis pun," luahnya di Threads.

Bagaimanapun katanya, situasi akan berbeza apabila dia pula meminta izin untuk mengambil mangga muda milik jirannya itu.

Sebagai berbas basi, dia bertanya harga jika ingin membeli buah mangga tersebut.

  • Wanita kongsi jiran kerap minta serai, lada dan daun masakan.
  • Dia beri sahaja kerana mahu jaga hubungan jiran.
  • Terkejut apabila diminta bayar RM6 sekilo mangga jiran.
  • Tetap beli dan beri semangkuk sambal mangga.
  • Netizen beri pelbagai reaksi mengenai adab berjiran.

Namun jirannya terus menyatakan harga untuk sekilo mangga tanpa mempelawanya mengambil secara percuma.

"Aku terliur tengok mangga muda dekat rumah dia sebab nak buat sambal. Jadi aku mesej cakap nak beli. Segan pula nak minta sebab memang perangai tak minta orang punya.

"Dia jawab jual RM6 sekilo. Tergelak aku tapi tak apalah aku beli dan bagi dia semangkuk (sambal mangga) dekat dia," ujarnya yang terkejut dengan reaksi jirannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak minta izin, jiran ajak anak menantu masuk tanah orang kutip rambutan... Siap datang bawa plastik besar!

ARTIKEL BERKAITAN: Jiran naik lemak lepas sekali dibantu! 'Pantang' dengar bunyi pagar kelam kabut keluar minta tolong hantar anak ke sekolah

Enggan memanjangkan isu atau bermasam muka, wanita ini mengambil pendekatan lebih proaktif dengan menanam sendiri pokok mangga di tepi pagar rumahnya.

"Dua tahun lagi agaknya pokok aku besar. Aku dah tanam pun tepi pagar," katanya dalam nada berseloroh.

Dalam pada itu, pengadu turut menyatakan hantaran tersebut sekadar mahu berkongsi perspektif tentang sifat manusia yang pelbagai ragam dan tidak menyimpan sebarang dendam terhadap jirannya itu.

Di ruangan komen perkongsiannya itu, netizen tampil dengan pelbagai reaksi terutama mereka yang pernah melalui situasi sepertinya.

Artikel Lain