SELEPAS lapan tahun bergelar anak seni, impian pelakon Alya Iman untuk muncul di layar perak akhirnya tercapai menerusi filem pertamanya, Pewaris Susuk.Alya atau Nur Alya Iman Azmil, 25, berkata di sebalik kegembiraan itu terselit rasa rindu yang mendalam terhadap kedua ibu bapanya iaitu Allahyarham Azmil Mustapha dan Jamaliah Jamari yang tidak sempat menyaksikan detik bersejarah tersebut. Kata Alya, momen melihat dirinya di skrin besar buat kali pertama cukup emosional lebih-lebih lagi selepas menunggu selama lapan tahun untuk merealisasikan impian tersebut.Alya (kanan) mewarisi bakat lakonan arwah bapa."Sebenarnya sudah tentu rasa emosional juga bila tengok diri sendiri di skrin besar (layar perak). Saya tunggu lapan tahun untuk berlakon filem. "Saya harap ibu bapa saya ada di sini (acara tayangan perdana). Saya harap orang-orang tersayang ada bersama tetapi saya selalu ingatkan diri sendiri untuk menghargai individu yang sentiasa untuk saya. "Namun dalam hati timbul perasaan sedih dan bangga. Walaupun perkara ini kecil untuk orang lain tetapi ini adalah satu pencapaian buat diri sendiri," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: “Heroin tak semestinya kurus” – Alya Iman minta mentaliti lapuk industri diubahARTIKEL BERKAITAN: Alya Iman tak main Threads, benci ramai toksikAlya berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media tayangan perdana filem Pewaris Susuk yang diadakan di GSC Cinemas Lalaport, Kuala Lumpur baru-baru ini. Mengimbas kembali, Alya berkongsi bahawa arwah bapanya sebelum ini tidak menghalang minatnya dalam bidang lakonan, namun lebih menasihatinya untuk memberi fokus kepada pelajaran.Namun, minat terhadap lakonan semakin kuat apabila dia mula melibatkan diri dalam industri, sekali gus menyimpan impian untuk menembusi dunia perfileman."Satu ketika dulu arwah ayah tak beri saya berlakon. Bukanlah tidak izinkan tetapi suruh saya fokus belajar. Namun saya 'langgar' (ingkar) saja. Bila tengok ayah berlakon sudah tentu saya pun nak jadi seperti itu. Alya memegang watak utama dalam filem Pewaris Susuk."Bila saya mula masuk dalam industri, saya menyimpan impian untuk berlakon filem. Bila tengok muka sendiri di layar perak, saya rasa sebaklah," ujarnya. Menerusi Pewaris Susuk, Alya membawakan watak Maya, pembantu rumah kepada watak utama, pasangan suami isteri Hadiff lakonan Datuk Rosyam Nor dan Seroja (Che Puan Sarimah Ibrahim).Filem ‘horror thriller’ arahan Faizal Nadxaman dan nukilan skrip Naza Manas akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 30 April ini.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!