suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Saudara mara tiada adab tanya fasal makan ketika ziarah kematian, waris hanya mampu termenung - “Nak melantak, ada je kedai”

Keluarga terdekat sepatutnya memainkan peranan membantu dan memudahkan segala urusan pengebumian, bukan sebaliknya. -Gambar hiasan AI

MEMINTA keluarga yang baru kehilangan insan tersayang menyediakan makanan kepada tetamu ketika majlis pengebumian bukanlah sesuatu yang wajar.

Apatah lagi, keluarga si mati sendiri sedang berdepan kesedihan dan sibuk menguruskan pelbagai urusan pengebumian.

Perkara itu mendapat perhatian selepas seorang lelaki berkongsi pengalaman keluarganya yang pernah dipersoal kerana tidak menyediakan makanan ketika ibunya meninggal dunia.

Menurut ceritanya dalam perkongsian itu, abangnya hanya mampu terdiam dan termenung selepas mendengar pertanyaan berkenaan.

Saudara mara perlu menghormati perasaan keluarga si mati dan tidak sepatutnya menambah beban mereka. -Gambar hiasan AI

"Saudara kami tu tanya tak ada sediakan makan ke? Waktu ibu kami meninggal. Abang saya hanya termenung dan diam tak balas apa-apa.

"Tengah hari tu kami semua sibuk nak uruskan gali kubur, nak maklumkan pihak masjid untuk solat jenazah dan beritahu pada keluarga dan kenalan.

"Sedangkan kami tak bawa pun jenazah mak balik ke rumah. Dari ICU (unit rawatan rapi) terus ke forensik, ke masjid dan terus ke kubur," ujarnya.

Menurutnya, keluarga mereka tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan menyediakan makanan kepada tetamu ketika sedang berdepan kehilangan insan tersayang.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebak! Susah senang bersama, warga emas tak sanggup usung keranda isteri ke kubur - “Tak ada orang teman lagi lepas ni”

ARTIKEL BERKAITAN: Terpaksa buat tahlil walau liang lahad masih terbuka... NGO jelaskan kejadian jenazah dihalang dikebumikan, dakwa permit ditahan

Malah, dia berpendapat tetamu yang ingin mendapatkan makanan boleh membelinya di kedai berhampiran hospital kerana ketika itu keluarganya masih bersedih atas pemergian ibu.

"Mak saya meninggal waktu awal Subuh, jadi kami nak kebumikan lepas Asar. Saya sendiri hanya mampu makan malam tu.

"Siang itu hanya sempat minum air dua kotak saja. Nak melantak, ada je kedai-kedai makan yang berdekatan dengan hospital.

"Kami tengah bersedih lagi sebab mak meninggal. Ayah pula masih dalam hospital," cerita individu itu mengimbas kembali pengalaman pahit tersebut. 

  • Keluarga dipersoal tidak menyediakan makanan ketika ibu meninggal dunia.
  • Saudara mara sepatutnya membantu, bukan menambah beban keluarga arwah.
  • Keluarga masih bersedih, ayah pula terlantar di hospital.
  • Lelaki terkilan saudara lebih memikirkan soal makanan ketika pengebumian.
  • Tetamu yang lapar boleh membeli makanan di kedai berhampiran hospital.

Perkongsian tersebut turut mengundang perhatian ramai yang mengajak supaya budaya meminta keluarga arwah menyediakan makanan setiap kali berlaku kematian tidak dinormalisasikan.

"Saudara mara awak ini orang yang jenis tak belajar adab-adab ketika menziarahi kematian.

"Apa benda yang kebulur sangat nak hadap makanan dekat rumah orang? Pergi la makan dekat kedai.

"Saudara mara awak tu buta perut. Sepatutnya mereka la yang kena bantu uruskan dan memudahkan urusan makan dan minum," komen beberapa warganet.

Artikel Lain