Tangkap layar video tular mengenai proses pengebumian jenazah seorang wanita yang terpaksa ditangguh.
KONTROVERSI membabitkan dakwaan penahanan permit pengebumian sehingga menyebabkan jenazah seorang wanita terbiar di dalam liang lahad selama kira-kira sejam 20 minit mengundang pelbagai persepsi liar.Susulan itu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Badan Kebajikan Salatulrahim (BKS), yang beroperasi dekat Kampung Pandan di Ampang, Selangor yang bertanggungjawab menguruskan jenazah terbabit tampil bersuara. Yang Dipertuanya, Wan Shahir berkata, bapa kepada arwah merupakan ahli BKS yang membayar yuran keahlian kerana menganggotai badan itu sebanyak RM50 setahun.Komitmen itu sekali gus melayakkan pihaknya menguruskan jenazah ahli serta tanggungan mereka sehingga selesai dikebumikan mengikut perlembagaan pertubuhan."Arwah meninggal dunia di Hospital Ampang pada pukul 6.22 pagi Khamis, berdasarkan rekod dikeluarkan pihak hospital. Pihak kami menerima panggilan waktu Subuh dan terus menguruskan jenazah di sebuah surau sekitar Ampang selepas mendapat kebenaran pihak pengurusan."Kami ikut semua prosedur operasi standard (SOP) kerana NGO ini memang tertakluk untuk menjaga kebajikan ahli. Kami tidak melaksanakan khairat kematian, sebaliknya menjalankan tanggungjawab kebajikan kepada ahli," katanya kepada mStar.Menurut Wan Shahir lagi, selepas selesai segala urusan mandian dan kafan, pihaknya meminta ahli keluarga untuk mendapatkan kebenaran pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang melalui Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan Dalam, Ampang.Katanya, jenazah kemudian dibawa ke tanah perkuburan tersebut untuk dikebumikan sebelum pukul 12 tengah hari.Bagaimanapun, suasana bertukar tegang apabila pihak BKS mendakwa borang berkenaan ditahan oleh seorang Ahli Lembaga Takmir Kariah bersama dua anggota polis sebaik sahaja bapa arwah mahu mendapatkan permit pengebumian.Hantaran tular dikongsikan di Facebook."Sepatutnya dia tiada kuasa untuk menahan borang tersebut. Kami sudah mendapat kebenaran daripada salah seorang staf tanah perkuburan Ukay Perdana untuk membawa jenazah ke dalam liang lahad."Kami sudah dapat keizinan, tetapi tiba-tiba dua anggota polis datang dan memaklumkan jenazah tidak boleh dikebumikan kerana ada laporan dibuat oleh pihak masjid," dakwanya.Dalam pada itu Wan Shahir mempersoalkan tindakan menghalang pengebumian tersebut kerana menurutnya, pihak BKS sudah memiliki permit dikeluarkan hospital, sekali gus menganggap keperluan untuk urusan pengebumian telah dipenuhi.Menurut Wan Shahir, polis kemudian memaklumkan wujud pertikaian antara BKS dan pihak masjid sebelum meminta mereka menangguh urusan bagi menunggu ketibaan Ketua Polis Daerah (OCPD) Ampang Jaya bersama wakil masjid."Demi menghormati bidang kuasa polis, kami akur dan tangguh pengebumian. Saya sempat mengetuai bacaan tahlil di tanah perkuburan ketika jenazah masih berada di dalam liang lahad tetapi belum boleh ditanam.ARTIKEL BERKAITAN: Jemaah solat jenazah perlu dibayar upah, kos pengurusan lebih RM2,000... Ramai risau fardu kifayah dijadikan bisnesARTIKEL BERKAITAN: Tergamam apabila kain kafan dibuka... Pemandi jenazah kongsi kisah urus mayat lelaki dipandang cela di mata manusia"Di situlah timbul rasa sebak dalam kalangan ahli keluarga yang hadir termasuk ibu, bapa, datuk dan ibu saudara arwah," katanya mengimbas kembali detik memilukan itu.Bagaimanapun Wan Shahir menarik nafas lega apabila proses pengebumian akhirnya dibenarkan untuk diteruskan selepas pihak polis mendapatkan pengesahan daripada penyelia tanah perkuburan dan memastikan tiada lagi sebarang halangan.Jelas Wan Shahir, BKS turut menanggung bayaran lot kubur sebanyak RM350."Sebelum meneruskan pengebumian, polis sudah bertanya pada semua pihak terlebih dahulu. Penyelia tanah perkuburan memaklumkan semuanya sudah selesai, jadi barulah jenazah dapat dikebumikan."Sepanjang saya menguruskan jenazah di Kajang, Bangi, Rawang dan beberapa kawasan lain, perkara seperti ini tidak pernah berlaku. Hanya di Ukay Perdana sahaja timbul isu melibatkan borang permohonan.Permit pengebumian didakwa ditahan, NGO tampil jelas kronologi kejadian.Isu jenazah tertangguh lebih sejam, NGO dakwa ikut semua SOP.Konflik pengurusan jenazah didakwa berlarutan sejak tahun lalu.NGO dakwa polis arah tangguh pengebumian susulan laporan pihak masjid.Caj pengurusan jenazah RM1,400 dipersoal, NGO minta kerajaan beri penjelasan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Saya juga pernah mendapatkan rekod yang menunjukkan kadar kematian di Kampung Pandan berlaku hampir setiap hari, malah pernah mencecah 30 kematian dalam sebulan."Sebab itu timbul persoalan, sama ada ada pihak yang cuba mengambil keuntungan melalui pemusatan pengurusan jenazah," dakwanya.Sementara itu ketika ditanya berhubung dakwaan di media sosial kononnya pihak masjid menahan proses pengebumian kerana menuntut bayaran sehingga RM1,400, Wan Shahir enggan mengulas lanjut.Namun Shahir mempersoalkan sama ada caj keseluruhan sehingga ribuan ringgit bagi satu-satu pengurusan jenazah ketika ini sebenarnya relevan atau membebankan golongan yang tidak berkemampuan."Saya mengambil peluang ini untuk mengetengahkan persoalan sama ada jumlah itu benar-benar sesuai dalam keadaan ekonomi sekarang."Kalau kita lihat, pengurusan jenazah yang dikendalikan pihak masjid tanpa penglibatan NGO seolah-olah mewujudkan satu kartel pengurusan jenazah yang tidak terbuka."Akhirnya waris tiada pilihan selain menggunakan khidmat pihak masjid dengan bayaran tertentu. Mereka seolah-olah tidak diberi pilihan lain," dakwanya.Untuk makluman, mStar cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan Dalam berhubung isu berkenaan namun masih belum mendapat respons.