Teknik mengemop lantai sebelum menyapu boleh dicuba bagi membantu mengurangkan habuk berterbangan. -Gambar hiasan AI
MOP dahulu sebelum menyapu? Walaupun kedengaran berbeza daripada rutin biasa, teknik ini boleh dicuba bagi membantu mengurangkan habuk dan kotoran yang berterbangan ketika membersihkan lantai.Caranya, mulakan dengan mengemop seluruh permukaan lantai menggunakan air yang dicampur sedikit cuka. Campuran itu dikatakan membantu mengumpulkan kotoran supaya lebih mudah melekat pada mop.Selepas selesai mengemop, biarkan lantai kering sepenuhnya sebelum menyapu atau menggunakan vakum untuk membersihkan sisa habuk dan kotoran yang masih tertinggal.Kaedah ini membolehkan sebahagian besar kotoran dibersihkan lebih awal ketika proses mengemop dilakukan. Namun, air mop mungkin lebih cepat menjadi kotor dan perlu ditukar beberapa kali.Selain itu, rambut juga mudah melekat pada mop, justeru pengguna perlu membersihkannya sepanjang proses mengemop.Langkah mengemop sebelum menyapu:1. Sediakan air mop dan campurkan sedikit cuka.2. Mop seluruh permukaan lantai terlebih dahulu.3. Tukar air mop apabila sudah terlalu kotor.4. Biarkan lantai kering sepenuhnya.5. Sapu atau gunakan vakum untuk membersihkan sisa habuk dan kotoran yang masih tertinggal.