suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bendahari didakwa hasut AJK masjid, cari jalan potong bayaran upah imam jemputan - “Hampir RM30,000 kutipannya”

Imam masjid wajar diberi upah yang setara dengan tugasnya. -Gambar hiasan AI

TIGA bulan lagi, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan suci Ramadan.

Walaupun perjalanannya masih agak jauh, namun sudah ramai yang mula berbicara tentang Ramadan di media sosial.

Di sebalik kisah-kisah manis Ramadan, turut terselit cerita kurang enak mengenai sikap tamak pihak ahli jawatan kuasa (AJK) sebuah masjid.

Kisah itu meraih perhatian ramai selepas ia dikongsi oleh seorang individu yang menjadi imam tarawih jemputan di sebuah masjid.

AJK masjid perlu amanah dalam menguruskan wang derma orang ramai. -Gambar hiasan AI

“Bilal bendahari tak puas hati dengan tabung khas untuk dua imam jemputan. Kutipan dibuat sampai 28 Ramadan.

"Apabila dibuka tabung itu, hampir RM30,000 kutipannya. Masa tu saya lah imam tarawih. Pada masa sama, saya jaga tabung itu.

“Tak sangka bila dibuka, mereka pertikai dengan mengatakan ustaz (saya) jadi imam lapan rakaat saja, bukannya 20. Bilal hasut nazir, mereka buat mesyuarat bersama ahli.

  • Seorang individu berkongsi kisahnya dijemput menjadi imam solat tarawih di sebuah masjid.
  • Tabung derma untuk imam tarawih mencecah kutipan hampir RM30,000 pada 28 Ramadan.
  • Pengurusan masjid pula hanya mahu serahkan wang nilai RM3,000 sahaja kepada imam jemputan.
  • Netizen kecewa tabung yang dikhususkan untuk imam menjadi mangsa sikap tamak kariah masjid itu.

“Mereka sepakat nak bagi RM3,000 je pada imam. Baki masuk pengurusan masjid. Padahal, tabung pengurusan dan infaq dah ada. Yang itu pula memang tabung khusus untuk imam tarawih jemputan,” tulis individu itu menerusi aplikasi Threads.

Di ruangan komen, ramai pelayar Threads meluahkan kekecewaan mereka selepas membaca pendedahan itu.

Pada masa sama, netizen turut memberi peringatan dan berharap kejadian sama tidak berulang lagi pada masa akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN:
Masjid viral sebab cantik, ada orang teragak-agak nak pergi sebab ramai warga asing - “Bukan kau punya pun, itu rumah Allah”

ARTIKEL BERKAITAN: “Patut ke?” - Masjid ‘haramkan’ budak bawah 12 tahun cetus perdebatan, ibu bapa diminta main peranan didik anak-anak

“Abah saya pun pernah cerita. Tapi abah saya dah tak jadi kariah di situ lepas dapat tahu. Abah kata dia tak nak bersubahat ambil hak orang.

“Saya pun pernah jumpa keadaan seperti ini. Yang tua-tua pun tamak. Mereka tak faham tujuan sumbangan itu untuk siapa.

“Ada juga jenis busuk hati macam ini. Moga kita dijauhkan daripada sifat hasad dengki dan iri hati,” tulis netizen.

Sebagai peringatan, perbuatan mengambil hak orang lain atau memperoleh rezeki melalui cara yang dilarang syarak adalah satu dosa dan semua umat Islam perlu menjauhinya.

Artikel Lain