suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahmad Zahid kemuka satu nama calon MB Negeri Sembilan, serah budi bicara dan perkenan Tuanku Muhriz

Ahmad Zahid menjelaskan perkara itu selaku ketua parti.

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan hanya satu nama calon Menteri Besar Negeri Sembilan baharu dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan untuk mendapat perkenan baginda.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, warkah mencadangkan nama calon berkenaan sudah diserahkan kepada pihak istana pada Isnin.

Menurutnya, keputusan berhubung pelantikan Menteri Besar baharu itu diserahkan sepenuhnya kepada budi bicara dan perkenan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

"Saya selaku ketua parti, sebagai Pengerusi Barisan Nasional, menyerahkan sepenuhnya soal budi bicara dan perkenan kepada Kebawah Duli Tuanku untuk berkenan dan juga untuk pihak istana mengumumkannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Lasim serah surat letak jawatan MB Negeri Sembilan, Zahid bakal cadang pengganti

ARTIKEL BERKAITAN: Peletakan jawatan MB Negeri Sembilan perlu perkenan Tuanku Muhriz

"Setakat ini, saya mengemukakan hanya satu nama sahaja (sebagai calon Menteri Besar)," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan perasmian Festival Idea Putrajaya (FOI) 2026 pada Selasa.

Pada Isnin malam, BN menerusi kenyataannya mengesahkan menerima salinan surat peletakan jawatan Datuk Ismail Lasim sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO menerima salinan surat berkenaan yang diutuskan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, Istana Negeri Sembilan dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan pihaknya masih belum mengesahkan ketulenan surat peletakan jawatan berkenaan meskipun Zambry mendakwa surat itu sudah ditandatangani Ismail.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, hanya Yang di-Pertuan Besar dan pihak istana mempunyai hak untuk mengumumkan nama calon yang diperkenankan sebagai Menteri Besar baharu.

"Setakat ini, saya mengemukakan hanya satu nama sahaja dan terserahlah kepada Tuanku untuk memberikan perkenan terhadap nama yang saya kemukakan. 

"Jika nama itu diterima, hanya Kebawah Duli Tuanku dan pihak istana sahaja yang boleh mengumumkannya," katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid menegaskan keputusan Ismail melepaskan jawatan dibuat atas kehendaknya sendiri dan bukannya atas arahan Umno.

Katanya, Ismail tidak menyatakan alasan khusus berhubung keputusan tersebut, namun berpendapat ia mungkin dibuat bagi membolehkan kemelut yang berlaku di negeri itu diselesaikan dalam kadar segera.

Artikel Lain