SERING tampil dengan persembahan luar biasa di atas pentas, penyanyi Aina Abdul memberitahu setiap konsep yang ditonjolkan bukan hanya untuk memuaskan hati mana-mana pihak.Sebaliknya, kata Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 33, persembahan di atas pentas termasuk dalam penyertaan di Anugerah Juara Lagu (AJL) adalah terjemahan setiap karya yang merupakan ciptaannya sendiri. "Ketahuilah, segala yang saya persembahkan di pentas AJL hingga ke hari ini bukan untuk memenuhi kehendak sesiapa. Itu karya, tulisan dan imaginasi saya.Aina perbetulkan persespi segelintir pihak tentang konsep persembahannya. "Saya tidak akan boleh bertahan lama jika hanya ingin memuaskan hati orang. Percayalah," katanya.Aina menulis perkara tersebut sebagai respons terhadap satu hantaran di Threads yang beranggapan penyanyi itu terlalu mencuba memenuhi kehendak orang ramai.Menepis persepsi sedemikian, Aina juga menegaskan bentuk persembahan yang berbeza dan luar biasa merupakan satu bentuk penjenamaan diri sebagai seorang penyanyi.ARTIKEL BERKAITAN: Tangisan Aina Abdul bukan sebab kalah, sebak kecewakan harapan rakyat Malaysia ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul raih tempat keempat Eurovision Asia 2026, Filipina muncul juara"Itulah branding yang saya ketengahkan melalui sosok Aina Abdul. Terima kasih atas perhatian anda, namun saya perlu perbetulkan," ujarnya.Sebelum itu, seorang pengguna Threads memberi cadangan agar Aina tidak lagi tampil dengan persembahan menggunakan peralatan pentas yang besar selepas tamat menyertai Eurovision Song Contest Asia 2026 yang berlangsung pada Sabtu."Saya nampak seolah-olah Aina terlalu berusaha untuk memenuhi kehendak semua orang. Tak perlu peralatan pentas besar atau elemen mega untuk membuktikan dia bagus," komen individu berkenaan.