suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berjubah, bertudung labuh tapi tetap kena gangguan seksual… Wanita harap orang ramai berhenti salahkan pakaian mangsa

Mangsa gangguan seksual perlu membuat laporan polis. -Gambar hiasan AI

APABILA berbicara tentang kes cabul dan rogol, ada segelintir individu yang cenderung menyalahkan pemakaian mangsa sebagai punca kejadian itu berlaku.

Namun menurut seorang wanita, andaian itu tidak benar sama sekali kerana dia juga menjadi mangsa cabul walaupun tidak berpakaian seksi dan hanya mengenakan jubah hitam yang labuh.

“Saya jadi mangsa gangguan seksual. Saya sedang berjalan ke tempat kerja, tiba-tiba saya dicabul. Cuba teka apa yang saya pakai?

Kejadian gangguan seksual boleh menyebabkan mangsa mengalami trauma. -Gambar hiasan AI

“Saya pakai jubah hitam dan selendang labuh sampai pusat. Kalau kamu kata pakaian adalah isu, jadi kenapa ia berlaku kepada saya?

“Jangan tanya kenapa saya keluar sendirian. Saya sedang dalam perjalanan ke tempat kerja. Kamu pergi kerja berjemaah ke?” tulis wanita itu.

Menerusi perkongsian di Threads, pengadu berkata dia sudah membuat laporan polis berhubung kejadian yang berlaku pada pagi 13 November itu.

  • Wanita kongsi pengalamannya menjadi mangsa gangguan seksual.
  • Ketika kejadian, dia memakai jubah dan selendang yang labuh.
  • Kejadian didakwa berlaku ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja.
  • Wanita itu juga sudah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

“Mereka sedang menyiasat kes ini. Mereka juga sudah dapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari kawasan berkenaan dan sedang menjejaki suspek.

“Cuma masalahnya dia pakai pelitup muka. Saya harap mereka dapat tangkap lelaki itu supaya perempuan lain tidak menjadi mangsa,” ujar wanita itu lagi.

Hantaran Threads itu turut dihujani pelbagai komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN:
[V] Lelaki pegang kaki, punggung wanita tertidur di dobi... Sesekali seluk tangan dalam seluar! Polis diminta ambil tindakan

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita berdendam dicabul abang ketika kecil... Ibu pula tak percaya, lebih sanjung anak lelaki - “Dia picit sakit gila”

“Mana lelaki yang tak habis-habis nak salahkan perempuan?

“Ini boleh memberi trauma. Saya bersimpati dengan kamu. Semoga Allah lindungi kita semua.

“Wanita tak boleh hidup tenang. Lelaki macam ini memang menyusahkan,” tulis netizen.

Artikel Lain