suria

[V] Lelaki pegang kaki, punggung wanita tertidur di dobi... Sesekali seluk tangan dalam seluar! Polis diminta ambil tindakan

Tangkap layar video dipercayai kejadian cabul di sebuah dobi layan diri.

INSIDEN mengejutkan berlaku di sebuah dobi layan diri 24 jam di Batu Caves, Selangor apabila seorang wanita yang sedang tidur di bangku premis itu menjadi mangsa perbuatan tidak senonoh seorang lelaki ,dalam kejadian pukul 4 pagi.

Melalui hantaran di Instagram, aktivis Caprice atau Ariz Ramli berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) [tonton video] yang menunjukkan lelaki terbabit menghampiri wanita berkenaan sebelum dilihat menyentuh tubuhnya.

"Siapa yang kenal lelaki ini, tolong hubungi pihak polis. Kepada wanita di luar sana, hati-hati bila pergi dobi tengah malam dan sentiasa bawa kawan sekali,” ujarnya dalam kapsyen video.

Menurut individu yang berkongsi rakaman CCTV insiden itu dengan Caprice, lelaki terbabit dikatakan cuba mencabul wanita berbaju hitam yang tertidur dalam posisi mengiring.

Turut kelihatan, lelaki berkenaan dalam reaksi takut-takut sesekali memasukkan tangan ke dalam seluarnya setelah menyentuh mangsa.

"Kes cabul wanita yang tertidur dekat dobi layan diri pukul 4 pagi. Paling tak boleh blah tu, lelaki tu pegang-pegang kaki, punggung wanita itu.

"Kemudian, dia buka seluar dan mel*nc*p (beronani)," tulis individu berkenaan dalam mesej kepada Caprice tanpa mahu identitinya dikenali.

Rakaman tersebut turut menunjukkan mangsa menutup wajahnya dengan sehelai kain ketika tidur dan dilihat tidak menyedari apa yang terjadi.

Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan lanjut terhadap pelaku yang didakwa merupakan pelajar di sebuah universiti.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen termasuk yang meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap perlakuan tidak bermoral lelaki terbabit.

"Sakitnya dada aku tengok ni.

"Mesti perempuan tu penat sangat sampai terlelap dan tak sedarkan diri.

"Bahayanya mendobi lagi-lagi waktu pagi. Nasib tu pencabul, kalau perogol naya.

"Tolonglah jangan berani sangat orang perempuan dekat luar sana keluar seorang diri tengah malam ke atau tempat tak ada orang," komen beberapa individu di media sosial.

Artikel Lain