Mohd Shuhaily kembali bertugas dengan PDRM selepas tempoh penugasannya secara peminjaman kader sebagai Ketua Pengarah AKPS berakhir.
TIADA campur tangan Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam keputusan mengembalikan bekas Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain untuk berkhidmat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, pihaknya hanya berperanan memberi pandangan daripada sudut undang-undang, manakala perkara membabitkan Mohd Shuhaily merupakan urusan pentadbiran Kementerian Dalam Negeri (KDN). "Setakat ini kita belum memberi pandangan rasmi kepada pihak berkaitan kerana kes berkenaan belum dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara."Datuk Seri Shuhaily hakikatnya adalah seorang pegawai polis, namun dipinjamkan secara kontrak kepada AKPS."Sama ada Datuk Seri Shuhaily kekal di situ (AKPS) atau ditukarkan balik ke PDRM, itu kita tak campur tangan kerana ia lebih kepada soal pentadbiran di pihak kementerian," katanya.Dusuki berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian dan Penyerahan Prasarana Rekreasi Kampung Angkat Madani AGC 2026 di Taman Pinggiran Warisan, Kampung Kok Lanas pada Sabtu.Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini memutuskan untuk mengembalikan Mohd Shuhaily ke PDRM selepas tempoh penugasannya secara peminjaman kader sebagai Ketua Pengarah AKPS berakhir.ARTIKEL BERKAITAN: Mohd Shuhaily kembali ke PDRM, pengganti Ketua Pengarah AKPS dalam kalangan pegawai polisPerkara itu dimaklumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Khamis.Sebelum ini, isu penempatan Mohd Shuhaily turut mendapat perhatian apabila PDRM mendapatkan pandangan AGC berhubung status penjawatan sebagai Ketua Pengarah AKPS bagi menentukan tindakan selanjutnya.Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail dilaporkan berkata, sebarang keputusan untuk memendekkan tempoh penugasan atau menamatkan kontrak Mohd Shuhaily perlu mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Mohd Shuhaily pada 21 Oktober lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis, Faiz Saman dan Ekmal Sofwan Dirman.Kejadian itu didakwa berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu.Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali. -The Star