suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mohd Shuhaily kembali ke PDRM, pengganti Ketua Pengarah AKPS dalam kalangan pegawai polis

Jawatan Shuhaily sebagai Ketua Pengarah AKPS bakal diganti dengan pegawai polis lain.

DATUK Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain bakal kembali berkhidmat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas keputusan berhubung penugasannya sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) dimuktamadkan minggu lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Mohd Shuhaily merupakan pegawai polis yang dipinjamkan untuk berkhidmat di AKPS sebelum ini.

Menurutnya, tindakan susulan berhubung perkara itu akan dilaksanakan oleh PDRM. 

"Dia adalah 'cader' (pinjaman) polis ke AKPS. Jadi kita kembalikan dia semula kepada pasukan polis," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Status Mohd Shuhaily sebagai Ketua Pengarah AKPS diserah ikut peraturan pentadbiran awam

ARTIKEL BERKAITAN: Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah, bawa 8 peguam hadapi tuduhan cederakan 2 anggota polis

Ditanya mengenai individu yang bakal dilantik menggantikan Mohd Shuhaily, Saifuddin memaklumkan pelantikan akan dibuat dalam kalangan pegawai polis.

Mengulas lanjut, Saifuddin menjelaskan keputusan untuk mengembalikan Mohd Shuhaily kepada PDRM sudah dibuat minggu lalu.

"Sudah, sudah... kita buat keputusan minggu lepas," katanya lagi.

Sebelum ini, PDRM mendapatkan pandangan Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung status penjawatan Mohd Shuhaily sebagai Ketua Pengarah AKPS bagi menentukan tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail dilaporkan berkata, sebarang keputusan untuk memendekkan tempoh penugasan atau menamatkan kontrak Mohd Shuhaily memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Shuhaily pada 21 Oktober lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan dengan sengaja terhadap anggota polis, Faiz Saman dan Ekmal Sofwan Dirman.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu.

Sekiranya sabit kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga setahun, denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Artikel Lain