suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nora Danish terhibur wanita tawar suami mahu jadikan madu, tak putus harapan cari jodoh

Nora akui menerima banyak lamaran.

PELAKON Nora Danish mendedahkan dia sering menerima pelbagai mesej daripada individu yang cuba menjodohkannya, termasuk wanita yang secara terbuka menawarkan suami mereka untuk dijadikan madu. 

Tidak memberikan respons terhadap mesej tersebut, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 44, sebaliknya mengakui terhibur apabila mendapat pelawaan sedemikian. 

“Bila media tulis cerita saya, ada saja orang DM macam-macamlah. Nak kenalkan suami dialah, ada yang adik nak ‘kenenkan’ untuk abang dia dan macam-macam.

Nora tidak mahu ambil serius mengenai isu tersebut.

“Saya kadang-kadang kalau bosan, baca sahajalah. Tapi, saya ada terfikir juga, adakah di antara mereka ini yang jodoh saya kan? Kita pun tak tahu,” katanya kepada mStar ketika Majlis Tahlil Tun Hasmah di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada Rabu.

Mengulas mengenai hantarannya sebelum ini yang mendedahkan mengenai seorang isteri memberi kebenaran suami bernikah lagi, Nora menjelaskan perkongsian tersebut dimuat naik secara spontan tanpa sebarang agenda tersembunyi.

“Sebenarnya saya buat hantaran itu macam saja-saja waktu malam nak kongsikan macam ada saja isteri-isteri mulia di luar sana yang okey suami mereka bernikah sekali lagi jika mampu ataupun ada masalah-masalah lain kan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Danish dilamar bermadu, wanita misteri cari calon isteri kedua untuk suami

ARTIKEL BERKAITAN: “Hidup seorang ini penat, kalau ada teman lebih indah” - Nora Danish

“Macam saya fikir kalau saya di tempat dia, belum tentu saya merelakan benda tu kan? Cuma kebenaran akaun itu tak tahulah setakat mana, mungkin isteri dia pun main-main saja jadi saya tak tahulah.

“Saya memang cuba untuk melihat setiap perkara dari sudut positiflah. Itu sajalah,” jelasnya.

Mengulas mengenai kesediaannya untuk kembali berumah tangga, Nora menegaskan dia tidak pernah berputus asa atau menutup pintu hati untuk bertemu teman hidup baharu. 

“Saya memang sentiasa berdoa supaya Allah temukan saya jodoh yang baik di mata Allah, itu yang paling penting kan.

Nora masih terbuka soal jodoh. 

“Tak kisahlah siapa pun, kalau Allah kata itu yang terbaik untuk saya, saya akan merelakan. Takkanlah saya putus harapan, masih muda,” ujarnya.

Sebelum ini, Nora melalui satu hantaran mengakui terkejut apabila menerima mesej peribadi daripada seorang wanita yang menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kedua kepada suaminya.

Nora bagaimanapun memilih untuk membalas perkongsian itu dengan menitipkan doa buat wanita berkenaan agar rumah tangganya terus bahagia.

Artikel Lain