suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nora Danish dilamar bermadu, wanita misteri cari calon isteri kedua untuk suami

Nora terkejut dilamar sebagai isteri kedua.

PELAKON Nora Danish terkejut apabila menerima mesej peribadi (DM) daripada seorang wanita yang menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kedua kepada suaminya.

Bagaimanapun, Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 44, memilih untuk membalas perkongsian itu dengan menitipkan doa buat wanita berkenaan agar rumah tangganya terus bahagia.

"Isteri syurga. 

"Mari kita doakan agar suaminya setia padanya dan menjaga dengan penuh cinta hingga akhir hayat," katanya. 

Nora berkongsi mesej wanita yang melamarnya sebagai madu.

Nora berkongsi mesej wanita yang melamarnya sebagai madu.

Nora berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya. 

Menerusi hantaran sama, Nora turut memuat naik tangkap layar mesej daripada wanita berkenaan yang mendakwa suaminya seorang lelaki beriman dan sangat baik.

Malah, wanita itu turut memaklumkan sedang mencari calon isteri kedua buat suaminya dan bertanya jika Nora sudi menjalani proses ta'aruf atau berkenalan dengan lelaki tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Danish dah tak mencari cinta, lebih bahagia main pickleball... “Mungkin jumpa jodoh di court”

ARTIKEL BERKAITAN: Sedang menilai pasangan hidup, Nora Danish mahu cari sekufu

"Assalamualaikum kak Nora. Suami saya beriman dan sangat baik. 

"Saya juga sedang mencari jodoh kedua buat suami saya. Jika kak Nora sudi ta'aruf bersama suami saya, saya amat berbesar hati," tulisnya. 

Untuk rekod, Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan bercerai pada 19 Jun 2024.

Nora mendoakan agar lelaki berkenaan terus setia kepada isterinya.

Nora mendoakan agar lelaki berkenaan terus setia kepada isterinya.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamed Neqayl, 8 tahun. 

Sebelum itu, Nora juga pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan berpisah pada 10 Julai 2008.

Mereka memiliki seorang anak lelaki, Putra Rayqal yang kini berusia 18 tahun.

Artikel Lain