PELAKON Arja Lee menzahirkan rasa syukur tindakannya membuat persiapan awal beralih arah daripada dunia seni membuahkan hasil apabila kini menikmati kehidupan yang lebih terjamin dan pendapatan yang jauh lebih baik selepas sembilan tahun tidak berlakon.Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 43, berkata langkah berkenaan diambil sebagai perlindungan masa depannya agar tidak berdepan masalah yang sering dihadapi penggiat seni tanah air, khususnya isu bayaran lewat dan tidak setimpal. “Sebab itulah saya melakukan persiapan awal. Sekarang bila sudah bermastautin di Kota Bharu, saya menjalani kehidupan yang sangat selesa. Pendapatan yang lebih baik, ruang yang lebih selesa dan kehidupan yang lebih baik.“Saya melihat industri kadangkala ada yang tak terima bayaran. Walaupun saya sendiri tidak pernah mengalaminya, tetapi suatu hari nanti kalau saya leka atau cuai, mungkin ia boleh berlaku kepada saya. Kita tidak tahu.Arja selesa dengan kehidupannya sekarang. “Sebab itu selepas sembilan tahun, ijazah sarjana dan doktor falsafah (PhD) pun saya biayai sendiri hasil pendapatan yang selesa. Saya rasa sangat bertuah kerana Allah izinkan saya memilih keputusan untuk membina kehidupan yang lebih baik,” katanya kepada mStar.Berkongsi mengenai perkembangan terkini, Arja memaklumkan dia kini sedang menumpukan sepenuh perhatian terhadap penubuhan akademi miliknya di Kota Bharu, Kelantan selain sedang berada di tahun akhir pengajian PhD.“Sekarang ini saya tengah fokus untuk menghabiskan pengajian PhD saya yang berbaki kira-kira setahun lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Impian sambung PhD terlaksana, Arja Lee azam dapat gelaran Doktor Falsafah dalam tempoh 3 tahunARTIKEL BERKAITAN: “Mak adik tak sihat” - Arja Lee sedang sakit, terkenang sup ikan merah arwah ibu“Pada masa sama, Arja Art Academy sedang giat dibina di Kota Bharu yang mana kita beri fokus kepada tiga bidang iaitu teater, tari dan muzik. Selain itu, saya juga sibuk dengan pelbagai komitmen lain termasuk penglibatan dalam Anugerah Seri Angkasa,” jelasnya.Ditanya sama ada pintu hatinya sudah tertutup dengan dunia lakonan, Arja menegaskan dia sama sekali tidak pernah berniat untuk bersara mahupun merajuk dengan industri hiburan.Sebaliknya, dia meluahkan rasa rindu apabila peminat di media sosial memintanya untuk kembali berlakon selepas menonton siaran ulangan drama popular lakonannya seperti Ariana Rose dan Misiku Kuza. Arja akui ada rasa rindu untuk kembali berlakon. “Jujur saya katakan, rindu nak berlakon itu memang ada. Lagipun baru-baru ini bila stesen televisyen tayang balik Misiku Kuza dan Ariana Rose, ramai peminat terutamanya di Threads bertanya bila saya nak buat comeback."Bila dengar suara peminat, rasa terharu juga kerana masih ada yang mahu melihat saya di kaca TV. Saya tak pernah kata nak pencen. Cuma untuk waktu sekarang saya berehat dahulu."Kalau ada ruang, rezeki dan tiba-tiba ada tawaran naskhah drama atau filem yang betul-betul kuat serta jadual masa yang tepat, mengapa tidak?,” ujarnya.Untuk rekod, Arja mula menempa nama dalam industri seni tempatan sekitar 15 tahun lalu selepas membintangi filem kontroversi ...Dalam Botol pada 2011 selain pernah menyertai program realiti Fear Factor Selebriti Malaysia.