PELAKON Sweet Qismina mengakui deria rasanya kini sudah tidak lagi dapat menerima sebarang makanan atau minuman manis selepas disiplin mengamalkan diet demi mengekalkan bentuk tubuh badan ideal di hadapan kamera.Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 29, mendedahkan tabiat menjaga pemakanan itu mula dipraktikkan secara konsisten sejak membintangi filem Babah dan dia berhasrat mengekalkan susuk fizikalnya untuk selamanya. Menurut Sweet, keputusannya untuk tidak lagi mengambil gula dalam diet harian bukan sahaja membantu mengawal berat badan, malah mengubah seleranya sehingga tidak lagi menggemari hidangan pencuci mulut.Sweet mahu mengekalkan berat badannya yang sekarang. “Sweet rasa benda yang manis (yang sudah tidak makan lagi). Manis memang Sweet bukan sahaja sudah lama tak makan, malah dia dah macam tak sedap di tekak dah rasa dia.“Sama ada makanan mahupun minuman manis, memang saya kurangkan dan elakkan daripada diet harian,” katanya kepada mStar. Mengulas mengenai rutin kecergasannya, Sweet memberitahu dia kini tidak lagi berkesempatan untuk melakukan aktiviti berjoging susulan komitmen penggambaran drama bersiri panjang.ARTIKEL BERKAITAN: Turun 7kg dalam sebulan... Sweet Qismina ‘tolak‘ suntikan kurus, gigih berlariARTIKEL BERKAITAN: Video temu bual komuniti Rohingya tular... Sweet Qismina akui kurang ilmu, dedah rakaman program sudah lamaBagaimanapun, dia menyifatkan gabungan kawalan pemakanan yang ketat serta tuntutan tenaga ketika bekerja di set penggambaran banyak membantunya mengekalkan berat badan yang seimbang.“Masa sejak berlakon filem Babah itu, memang Sweet terus kekalkan momentum. Aktiviti joging itu memang sudah lama hilang sebab sibuk dengan jadual penggambaran 60 episod.“Tetapi bab makanan itu memang sangat-sangat saya jaga, tambahan pula mungkin sebab penat bekerja juga kan. Jadi alhamdulillah, saya rasa ini adalah saiz yang tepat untuk Sweet berada di dalam kamera.Sweet hanya menjalankan diet manisan. “Format fizikal itu kalau boleh memang saya mahu kekalkan sampai bila-bila,” ujarnya. Sebelum ini, Sweet menarik perhatian ramai apabila berkongsikan mengenai liquid diet yang diamalkannya sehingga berjaya menurunkan 10 kilogram. Sweet turut menyangkal dakwaan yang kononnya dia melakukan prosedur bariatrik atau potong usus untuk tampak kurus.