PELAKON Sweet Qismina menyedari reaksi kurang senang orang ramai selepas rakaman video memaparkan dirinya menemubual beberapa individu daripada komuniti Rohingya tular di media sosial.Menurut Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 28, rakaman temu bual berkenaan sebenarnya dibuat kira-kira 10 tahun lalu untuk sebuah rancangan televisyen berjudul Orang Baik-Baik. Jelas Sweet, rancangan tersebut memfokuskan kisah kebajikan dan usaha murni individu serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia.Sweet jelaskan rakaman dibuat ketika usia muda."Saya jalani penggambaran ini sekitar 10 tahun lalu rasanya. Nama rancangan ini Orang Baik-Baik. Apa sahaja kisah kebajikan dan usaha murni individu sukarelawan (NGO) di Malaysia, rancangan ini akan buat liputan."Setiap episod jumpa individu atau NGO yang berbeza," katanya menerusi satu hantaran di Threads.Dalam hantaran sama, Sweet turut berkongsi semula luahan seorang netizen yang mempersoalkan tindakannya menemubual komuniti Rohingya dalam rancangan berkenaan yang disiarkan semula menerusi saluran RTM di TV2.Sweet bagaimanapun mengakui ketika rakaman itu dibuat, dia masih kurang pengetahuan mengenai isu membabitkan masyarakat Rohingya.ARTIKEL BERKAITAN: Turun 7kg dalam sebulan... Sweet Qismina ‘tolak‘ suntikan kurus, gigih berlariARTIKEL BERKAITAN: Perkongsian Sweet Qismina buat ramai sebak, doa hamil tahun iniMalah, fokusnya ketika itu hanyalah untuk melihat sisi kebaikan yang dilakukan oleh pihak terbabit."Tetapi untuk episod ini, fokus saya adalah melihat apa ‘kebaikan’ dari pihak mereka."Saya mengakui ketika itu kurang ilmu tentang Rohingya ini. Banned episod ini, tengok episod lain yang ada NGO Malaysia," ujarnya.Penjelasan tersebut disambut baik oleh netizen yang rata-rata memahami keadaan tersebut namun berharap agar ia tidak diulang tayang semula.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube