suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shuib bawa Thalita santuni penduduk PPR, mahu anak belajar erti bersyukur

Shuib didik Thalita untuk kenal erti bersyukur.

USAHAWAN dan pelawak Shuib meluangkan masa menyantuni orang ramai dengan membuat kunjungan istimewa di PPR Kampung Baru Air Panas, Setapak, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Kehadiran Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 42, bersama anaknya, Thalita, disambut meriah penduduk setempat yang mengambil kesempatan untuk bergambar serta beramah mesra.

Kata Shuib, kehadirannya bersama Thalita di penempatan berkenaan sedikit sebanyak memberi teladan kepada anaknya untuk lebih menghargai dan mensyukuri apa yang dimiliki.

Shuib ajar Thalita bergaul mesra dengan masyarakat.

“Bila saya bawa Thalita ke sini, saya harap dia dapat belajar untuk bersyukur dengan apa yang kita ada. Pada acara ini pun kita dapat lihat komuniti di sini sangat gembira.

“Kadang-kadang perkara kecil pun mampu memberikan senyuman kepada ramai orang. Thalita pun ada kata dia seronok berada di sini sebab ramai yang datang. Jadi, kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada,” katanya.

Jelas Shuib, kehadirannya bukan sekadar memenuhi undangan, sebaliknya dia turut membawa misi sebagai wakil kempen Kebaikan Nutrisi untuk Setiap Generasi dalam usaha mendekati masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Shuib terkejut remaja lelaki berani jumpa minta ‘restu’ kenal Thalita... “Kalau nak ngurat anak pakcik boleh?”

ARTIKEL BERKAITAN: Hutang Shuib tidak lagi cecah puluhan juta, berjaya bayar sebahagian dalam tempoh 2 bulan

Ketika acara itu berlangsung, Shuib dilihat cukup selesa bergaul bersama komuniti setempat menerusi pelbagai aktiviti yang dianjurkan.

Malah dia juga dengan rela hati menjadi hos permainan, membantu mengagihkan minuman susu, mencuba demonstrasi masakan dan turut mengadili pertandingan memasak.

Shuib mahu Thalita sentiasa disenangi orang ramai.

Manakala Thalita juga dilihat cukup gembira melakukan pelbagai aktiviti bersama kanak-kanak seperti membancuh susu dan mengagihkan minuman kepada orang ramai.

Menurut Shuib, sebuah program yang paling diingati bukan kerana kemeriahannya semata-mata, tetapi kerana detik-detik sederhana yang berjaya menyatukan sebuah komuniti.

"Gelak tawa dan sorakan memenuhi ruang program apabila berjaya melayan kanak-kanak, ibu bapa dan warga emas yang hadir," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Eman Manan dapat Datuk