suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Ini bukanlah acara yang lagha“ - Keanu Azman beri sebab masih hos program hiburan selepas berhijrah

Keanu suka kerja yang mencabar intelektual.

DIANGGAP tidak sesuai mengendalikan acara hiburan hanya kerana pernah melalui fasa penghijrahan, pengacara Keanu Azman tampil memberikan penjelasan.

Keanu, 29, berkata dia memahami persepsi segelintir pihak yang menganggap dirinya hanya sesuai mengendalikan program berunsur keagamaan selepas memilih untuk berhijrah.

“Memang saya dah berhijrah, tapi saya buat persembahan hiburan macam ini bukanlah acara yang lagha. Ia sebuah program untuk menghiburkan orang.

Gandingan Keanu dan Raja Azura (kanan) masih belum diterima penonton Kilauan Emas Selebriti.

“Seronok melihat pakcik-pakcik, makcik-makcik yang suka menyanyi, pelakon-pelakon yang suka menghiburkan orang. Bagi saya, ia tidak salah.

“Saya juga tidak salahkan orang yang cakap macam itu sebab mereka ada persepsi Keanu Azman ini mesti Oasis, Zayan, IKIM FM sahaja,” katanya ketika ditemui selepas siaran langsung minggu ketiga Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES) di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor.

Menurut Keanu, walaupun dirinya kelihatan seperti nerda ketika mengendalikan acara hiburan, dia sebenarnya gemar mencabar diri dengan mencuba sesuatu yang baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan salah Kak Engku” - Keanu Azman akui banyak kelemahan, pertama kali mengacara program besar

ARTIKEL BERKAITAN: Gandingan ‘KES‘ makin teruk dikecam, Keanu Azman rayu netizen jangan persenda Raja Azura

“Sebenarnya saya buat kedua-dua iaitu pengacara korporat dan juga televisyen. Sampai sekarang saya masih ambil tawaran itu.

“Saya suka kerja yang mencabar intelektual saya, benda itu bagi saya banyak kepuasan. Tapi pada masa yang sama, kerja hiburan pun saya suka juga. Takkan tak boleh buat kedua-duanya?” kongsinya.

Dalam pada itu, Keanu mengakui ada pihak yang menganggap dirinya terlalu serius ketika mengendalikan acara hiburan kerana tidak berlebihan atau mencuit hati seperti pengacara lain.

Keanu hanya mendengar arahan pihak penerbit untuk lebih berhati-hati.

Katanya, perkara itu sebenarnya mengikut arahan penerbit yang mahu penonton membiasakan diri terlebih dahulu dengan personalitinya sebelum dia menampilkan sisi sebenar dirinya.

“Sekarang saya masih dalam fasa ‘budak baik’. Ada batasannya. Nanti lama-lama, insya-Allah keluarlah Keanu Azman yang berbisa.

“Saya budak nakal! Cuma tunggu waktu saja. Sebenarnya yang lembut-lembut itu persona saja,” luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Berikut

Eman Manan dapat Datuk

Artikel Lain

Eman Manan dapat Datuk