suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rahim Omar panik tekak kering tengah menyanyi, mujur Fasha Sandha muncul jadi penyelamat - “Bukan lupa lirik tetapi suara tidak keluar“

Rahim berjaya pikat hati juri semasa membawakan lagu Terharu.

PELAKON Rahim Omar tampil menjelaskan insiden suaranya terhenti beberapa saat ketika menyampaikan lagu Terharu pada minggu ketiga Kilauan Emas Selebriti (KES), malam Sabtu.

Rahim, 66, berkata kejadian tersebut bukan disebabkan terlupa lirik seperti yang didakwa sebaliknya tekaknya tiba-tiba kering sehingga menyebabkan suara tidak dapat keluar ketika menyanyikan bahagian akhir lagu.

“Tiba-tiba tekak kering. Saya bukan lupa lirik sebenarnya, tetapi suara itu tidak keluar.

Rahim cemas suara tiba-tiba tidak keluar semasa menyanyi.

“Semasa latihan semuanya okey. Bila menyanyi sambil bergerak, tiba-tiba tekak kering dan suara tidak keluar dekat bahagian akhir,” katanya ketika ditemui selepas siaran langsung minggu ketiga KES di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor.

Menurut Rahim, dia tidak menjangkakan perkara tersebut berlaku dan situasi berkenaan sempat membuatkan dirinya panik sebelum berjaya mengawal keadaan.

“Panik juga. Tiba-tiba suara tidak keluar, saya fikir apa yang jadi. Nasib baik juga Fasha Sandha dan Josiah Hogan muncul saya terkejut dan suara keluar semula.

“Lepas itu saya dapat ‘cover’ semula. Alhamdulillah, nasib baik juri pun ‘happy’,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tuan rumah sombong punca Rahim Omar sengaja tangguh dua tahun tak bayar sewa

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah lari, nafi tinggalkan rumah keadaan rosak… Rahim Omar alami kesempitan untuk cari RM300 sebulan

Pada malam tersebut, Rahim berjaya menduduki tempat kelima manakala Zila Bakarin mengungguli kedudukan pertama.

Kesemua 10 peserta yang bertanding pada minggu ketiga itu bagaimanapun terselamat daripada penyingkiran dan sekali gus meneruskan saingan dalam program berkenaan.

Peserta dinilai oleh dua juri tetap iaitu Jihan Muse dan Datuk Yursy Abdul Halim, manakala Naqiu bertindak sebagai juri jemputan.

Kemunculan Josiah (kiri) dan Fasha (kanan) berjaya tenangkan Rahim.

KES dihoskan oleh Raja Azura bersama rakan gandingan, Keanu Azman.

Turut memeriahkan pentas minggu ketiga ialah kumpulan X-Factor, Abot dan Anis Suraya.

Program berkenaan disiarkan setiap Sabtu, pukul 9 malam menerusi Astro Prima (saluran 105).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain