PELAKON veteran, Rahim Omar tampil menjelaskan kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan dakwaan gagal membayar sewa rumah selama dua tahun seperti tular di Threads.Tidak menafikan perkara tersebut, Rahim, 66, bagaimanapun mengakui keadaan kewangan tidak menentu menjadi punca kelewatan bayaran tersebut. Bagaimanapun, pelakon yang dikenali menerusi drama Gerak Khas Undercover itu menolak dakwaan kononnya langsung tidak membuat sebarang bayaran sepanjang tempoh berkenaan.“Sejujurnya, saya sendiri tidak tahu mengenai perkara itu (kontroversi melibatkan dirinya). Bagi saya, isu ini bersifat peribadi dan tidak sepatutnya didedahkan di media sosial.Rahim menafikan berlaku kerosakan rumah sewa.“Saya tidak pernah gagal membayar sewa sepenuhnya. Memang ada sedikit tunggakan, itu saya akui, tetapi bukanlah seperti yang digambarkan.“Saya tak faham dia boleh hebohkan perkara itu. Dia pegawai kerajaan tidak sepatutnya lakukan perkara seperti ini,” katanya ketika dihubungi mStar.Menurut Rahim, sepanjang tiga tahun menyewa rumah tersebut, bayaran dibuat menerusi bantuan zakat sebanyak RM800 yang dibayar terus kepada tuan rumah.Namun, baki RM300 yang perlu ditambah olehnya adakalanya tertunggak disebabkan kesempitan wang.ARTIKEL BERKAITAN: Bila makhluk halus mula meracau dalam 'Tower 13'ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi veteran gagal bayar sewa rumah 4 bulan, degil tak mahu keluar… Pemilik buat laporan polis“Anak saya menerima bantuan zakat dan duit itu yang digunakan untuk membayar rumah, saya pula akan tambah selebihnya. Bila dalam keadaan susah, RM300 itu terasa besar untuk cari.“Saya sudah tiga bulan tiada tawaran lakonan tapi saya tak pernah putus asa. Saya pun ada jalani perniagaan juga. Mereka janji nak bayar dalam bulan ini.“Duit itu yang saya akan bayar rumah sewa itu nanti. Saya sudah beritahu tapi dia sengaja viralkan sebab saya ada nama,” luahnya.Dalam pada itu, Rahim turut menafikan dakwaan kononnya dia meninggalkan kediaman tersebut dalam keadaan rosak.Katanya, dia tidak pernah melarikan diri atau mengelak daripada bertanggungjawab, malah sudah memaklumkan situasi sebenar kepada pemilik rumah.“Kalau dikatakan saya tinggalkan rumah dalam keadaan rosak, itu tidak benar. Saya juga tidak mahu membuka aib sesiapa, apatah lagi dalam bulan puasa.Perkongsian di Threads menjadi perhatian ramai.“Tapi bukan saya tak nak bayar atau lari daripada tanggungjawab. Saya cuma perlukan sedikit masa. Insya-Allah saya akan selesaikan semuanya secepat mungkin.“Namun, jika perkara ini terus diperbesarkan dan berniat untuk menjatuhkan nama saya, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang,” ujarnya.Sebelum ini, seorang pengguna Threads memuat naik tangkap layar perbualan bersama Rahim dan mendakwa aktor itu gagal membayar sewa selama dua tahun.Perkongsian berkenaan mencetuskan pelbagai spekulasi negatif terhadap pelakon tersebut dalam kalangan netizen.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube