suria

Bila makhluk halus mula meracau dalam 'Tower 13'

Dari kiri:Rahim Omar (Ustaz Khalid), Bront Palare (Adam), Dira Abu Zahar (Maria), Fara Aliya (Detektif Aishah) dan Azhan Rami (Detektif Malik), antara pelakon yang membintangi 'Tower 13'.
Dari kiri:Rahim Omar (Ustaz Khalid), Bront Palare (Adam), Dira Abu Zahar (Maria), Fara Aliya (Detektif Aishah) dan Azhan Rami (Detektif Malik), antara pelakon yang membintangi 'Tower 13'.
Dari kiri:Rahim Omar (Ustaz Khalid), Bront Palare (Adam), Dira Abu Zahar (Maria), Fara Aliya (Detektif Aishah) dan Azhan Rami (Detektif Malik), antara pelakon yang membintangi 'Tower 13'.

PETALING JAYA: Slot Seram yang disiarkan menerusi TV3 terus mendapat sambutan menggalakkan setiap minggu.

Sejak diperkenalkan, bermula dengan siri Susuk sehinggalah Puaka Niang Rapik, peningkatan penonton yang menyaksikan slot yang disiarkan setiap Khamis jam 9.30 malam ini bertambah setiap kali ia disiarkan.

Menerusi siri ”Keliwon”, TV3 mempamerkan kelainan dalam slot ini dengan menampilkan kisah yang berbeza setiap minggu dengan pelakon-pelakon yang berbeza.

"Nyata kelainan ini mendapat sambutan yang amat memberansangkan apabila siri berkenaan pernah mencecah 3.4 juta orang sehingga dilanjutkan ke musim ke-2.

Kini, TV3 muncul sekali lagi dengan satu lagi siri seram yang pastinya akan membuatkan jantung anda berdebar-debar.

Nantikan siri ”Tower 13” yang bakal menemui penonton setia TV3 melalui slot seram, setiap Khamis, jam 9.30malam mulai 6 Ogos 2009.

Siri ”Tower 13” ini akan bersiaran sebanyak 13 episod dan diterbitkan oleh Filmscape Production Sdn. Bhd. Ianya merupakan hasil kerja pengarah yang tidak boleh disangkal lagi mutu kerjanya,

Khabir Bhatia yang sangat popular dengan pelbagai hasil kerja yang sangat berkesan, baik dari segi filem, telemovie mahupun drama bersiri.

Siri ini adalah buah tangan ke-2 Khabir Bhatia dalam penghasilan drama siri bergenre seram.

Sebelum ini, beliau pernah mengarahkan siri ”KekasihKu Seru” yang juga pernah menghiasi slot yang Seram. Kali ini ”Tower 13” mengetengahkan pelakon-pelakon handalan seperti Bront Palare (Adam), Azhan Rami (Detektif Malik), Dira Abu Zahar (Maria), Fara Aliya (Detektif Aishah) dan Rahim Omar (Ustaz Khalid). Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama, Pn Nurul Aini Abu Bakar berkata, ”Kami sentiasa mencari kelainan di dalam setiap penerbitan sesebuah drama terutama yang berbentuk seram maka kami tidak ragu-ragu untuk bekerjasama lagi dengan Khabir Bhatia.

Kelainan kali ini ialah beliau menggabungkan unsur-unsur seram dan mistik dengan penyiasatan.

Melalui Adam, watak utama dalam siri ini, penonton akan dibawa mengembara ke pelbagai kejadian misteri dan mistik yang berlaku di sebuah bangunan yang akhirnya membawakan kepada kematian.

Setiap minggu kisah yang dipaparkan berbeza melalui penceritaan Adam. Untuk pengetahuan ramai drama sebegini bukannya berniat untuk menakut-nakutkan orang tetapi ia adalah untuk memperingatkan penonton dari tertipu atau diperdaya oleh ajaran-ajaran tahyul.”

”Tower 13” mengisahkan Adam Bakhtiar yang disoal siasat oleh polis setelah berlaku pembunuhan di Menara Emerald. Dia yang merupakan pengurus bangunan tersebut telah dibawa ke balai untuk membantu siasatan yang diketuai oleh CID Detektif Malik Ridhuwan.

Adam memulakan cerita bahawa pembunuhan yang berlaku disebabkan oleh entiti misteri seperti roh atau mahluk halus.

Detektif Malik tidak percaya sama sekali pada cerita Adam, tapi untuk meyakinkannya, Adam mula membuka cerita kematian misteri dan kemalangan-kemalangan yang berlaku di sekitar bangunan tersebut, bermula dengan kisah pasangan muda, isteri yang didera dan suaminya, Natalya dan Imri.

Sejak berpindah, Natalya merupakan fokus utama dalam kejadian-kejadian berhantu, bermula dari bilik air, paling ketara di tub mandi.

Pada masa yang sama, Adam didatangi Ustaz Khalil yang sedang mengumpul derma surau dari penghuni Menara Emerald, Adam mengusir Ustaz keluar dari kawasan kondo kerana Menara Emerald adalah kawasan peribadi.

Adam kemudiannya didatangi Natalya yang memberitahu diganggu oleh kejadian aneh dan misteri di apartmentnya. Adam tidak percaya dan menafikan kenyataan Natalya malah memberitahu Natalya bahawa dia tahu akan masalah yang dihadapai oleh Natalya dan suaminya dan percaya Natalya sedang mengalami trauma akibat penderaan suaminya menyebabkan dia mengalami tekanan perasaan.

Natalya lantas pulang. Dalam keadaan yang lebih teruk dari sebelumnya, lebih ketakutan, dia seterusnya berdepan dengan roh yang menghantui rumahnya dan mendapati bahawa roh itu sebenarnya adalah roh isteri yang didera dan dibunuh dengan kejam oleh suaminya.

Roh itu menunjuk pada Natalya bagaimana dia mati dan memberi amaran supaya tidak membenarkan dirinya melalui penyeksaan yang sama. Goyah dengan apa yang diberitahu Natalya, Adam meminta pertolongan Ustaz dan setibanya mereka di rumah Natalya, mereka mendapati kejadian ngeri sedang terjadi ke atas Imri sebagai balasan atas apa yang telah dilakukan ke atas Natalya.

Ustaz menjampi halau roh dan memberi Adam gambaran kejadian mistik dan ini juga telah meninggalkan kesan trauma pada Natalya.

Detektif Malik masih lagi enggan percaya akan cerita Adam, tapi Adam meneruskan penceritaan misterinya mengenai kisah kematian budak perempuan kecil berumur 10 tahun, iaitu Alia. Apakah yang berlaku kepada Alia?

Kepada penggemar-penggemar siri seram, jangan ketinggalan untuk menonton siri ”Tower 13” dan alami sendiri misteri dan mengembara ke alam mistik bersama-sama Adam dalam slot Seram, setiap hari Khamis, jam 9.30 malam, hanya di TV3.

Artikel Lain