KONVOI motosikal boleh dianggap antara hobi popular diminati golongan lelaki namun aktiviti itu juga boleh menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan isteri.Seorang isteri meluahkan rasa bimbang apabila suaminya merancang menyertai konvoi motosikal yang turut disertai oleh rider wanita. Tidak berniat menghalang minat suaminya, wanita itu sebaliknya tidak bersetuju apabila mereka bakal menetap di sebuah inap desa sama.Suami perlu memastikan nafkah isteri mencukupi sebelum pergi berkonvoi. -Gambar hiasan AI"Suami saya nak pergi ride tetapi bercampur dalam satu homestay lelaki dan perempuan."Salah ke saya sebagai isteri menghalang suami pergi sebab bagi saya keadaan itu tidak manis."Saya tegur baik-baik, suami pula menyalahkan saya," katanya.Lebih mengecewakan, wanita itu memberitahu suaminya bukan sahaja tidak mendengar nasihat malah meminta dia tidak menghalangnya menyertai aktiviti tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Geng 'rider' veteran tahan konvoi pemuda, minta padam rakaman kamera 360... Takut kantoi bawa skandal ke Cameron HighlandsARTIKEL BERKAITAN: Menekan-nekan minta nak pergi ‘ride’... Dah dapat lesen, lelaki tergamak tinggal RM20 je duit makan anak bini"Sedihnya hati seorang isteri. Banyak kali sangat kena tinggal dekat rumah, rasa macam dah tawar hati. Kahwin pun belum sampai setahun lagi," katanya.Meskipun kecewa, wanita itu memberitahu masih berharap suami dapat mempertimbangkan perasaannya sebagai seorang isteri. "Suami bagi alasan lelaki tidur di ruang tamu dan perempuan dalam bilik tapi saya rasa ia langsung tidak menghalalkan perbuatan mereka yang tetap bercampur tanpa batas dalam satu rumah."Saya dah puas nasihat, keputusannya terpulang kepada pemilik badan kerana saya hanyalah seorang isteri yang tidak didengari dan tiada nilai dimata suami," katanya.Isteri tidak selesa suami menginap bersama wanita ketika konvoi.Suami didakwa menyalahkan isteri selepas ditegur.Baru kahwin belum setahun, isteri mengaku tawar hati.Alasan tidur berasingan tidak meredakan kebimbangan isteri.Netizen menyarankan wanita membuat laporan kepada pihak agama.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu menarik perhatian netizen yang menyarankan agar wanita itu melaporkan sahaja kepada pihak berkuasa agama."Kalau puan ikut serta ia tetap membawa mudarat kerana masih bercampur. Isu tinggal bercampur satu rumah itu mudarat besar. Saranan saya buat laporan kepada pejabat agama."Kalau suami kau memang degil selayaknya kau buat laporan kepada pihak berkuasa," komen warga maya.