suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zahiril Adzim anggap belum layak digelar pelawak... “Cuma pelakon cerita komedi“

Zahiril tidak sangka memenangi trofi tersebut.

KEMENANGAN trofi Pelakon Komedi TV Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026 bukan lesen bagi aktor Zahiril Adzim menganggap dirinya layak dilabel seorang pelawak. 

Malah, Zahiril atau Mohd Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 42, berkata, anugerah tersebut diberikan atas kapasitinya sebagai seorang pelakon yang menterjemahkan tuntutan skrip semata-mata.

Zahiril turut mengakui terkejut apabila percubaan pertamanya tercalon pada acara anugerah berprestij itu membuahkan hasil serta-merta. 

“Ini kali pertama saya dicalonkan untuk ASA dan memang langsung tidak saya jangkakan. Bila tengok senarai calon, sebelah saya ada Amyza, Datuk Razak Ahmad, Issey. Mereka itu memang pelawak sedangkan saya ini cuma pelakon biasa.

Zahiril akui suka untuk membawakan watak yang berbeza-beza. 

“Tetapi sebagai pelakon, kita kena versatil dan buat apa sahaja yang dituntut oleh naskhah. Saya bukan pelawak, saya cuma pelakon yang menjayakan cerita komedi. Ada beza di situ.

“Bagi saya, pelakon komedi ini bergantung kepada naskhah. Kalau cerita itu komedi, dia mampu sampaikan mesej itu sehingga lawaknya sampai kepada penonton. 

“Saya amat memandang tinggi figura otai seperti Sabri Yunus dan Allahyarham Jalil Hamid. Mereka boleh bawa watak serius dengan cemerlang dan pada masa sama berlakon komedi dengan begitu hidup,” katanya kepada mStar.

Enggan mendabik dada atau menggelar dirinya pelakon versatil, Zahiril bagaimanapun bersyukur atas kepercayaan dan pengiktirafan yang diberikan oleh juri profesional.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya jumpa dia, tarik tepi”... Zahiril Adzim cepat lembut hati, tak layan perangai diva di set penggambaran

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak kecilkan hidung” – Zahiril Adzim perjelas rawatan, cuma elak makin kembang

Berkongsi sisi peribadinya di luar kamera, aktor itu mendedahkan dia bukanlah seorang yang terlalu serius, malah gemar berjenaka di lokasi penggambaran kerana mahu menceriakan suasana kerja.

“Saya bukan orang yang sangat serius di luar. Kalau bekerja di set penggambaran pun saya suka berjenaka sebab saya tak suka suasana kerja yang tertekan bila tengok muka semua orang ketat.

“Rasa macam nak bergaduh. Jadi lebih baik saya ceriakan suasana, sekurang-kurangnya untuk diri saya sendiri supaya bila perlu bawa babak drama sedih selepas itu, saya tak terbeban.

“Kalau tanya bila sedar suka menghiburkan orang, rasanya sejak zaman sekolah lagi. Tapi kalau tanya adakah saya ini kelakar. Saya rasa saya tak lawak langsung, tanyalah Shera (isteri),” ujarnya. 

Zahiril bakal mengarahkan filem terbaharunya pada bulan depan. 

Melihat respons positif peminat yang terhibur dengan lakonannya termasuk menerusi karya komedi sebelum ini, Zahiril memberitahu dia langsung tidak keberatan untuk terus menerima lebih banyak tawaran bergenre santai.

Malah Zahiril juga berkongsi dia bakal mengeluarkan sebuah filem bergenre komedi tidak lama lagi. 

“Bagi saya, kalau lakonan saya itu dapat buat sekurang-kurangnya seorang penonton melupakan masalah hidup mereka walau untuk seketika, kepuasan itu sudah cukup besar buat saya.

“Insya-Allah saya memang suka komedi dan sekarang pun saya sedang dalam fasa persiapan untuk mengarahkan sebuah filem komedi pada November ini.

“Selagi rasa mampu galas tanggungjawab itu dengan baik, saya sedia buat,” ujarnya.

Artikel Lain