suria

“Saya tak kecilkan hidung” – Zahiril Adzim perjelas rawatan, cuma elak makin kembang

Zahiril tak rancang nak kecilkan hidung.

TULAR satu video memaparkan pelakon Zahiril Adzim kononnya menjalani rawatan mengecilkan hidung di sebuah klinik kecantikan sehingga mengundang perhatian ramai.

Tampil menjawab mengenai perkara itu, Zahiril atau nama sebenarnya Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 42, menjelaskan dia sedia maklum  rakaman tersebut akan dimuat naik klinik tersebut selain tiada apa yang ingin disembunyikan daripada pengetahuan umum. 

Antara proses yang dikongsi dalam rakaman tular.

“Saya belum tengok video itu dan masih belum baca komen. Tapi saya tahu mereka akan muat naik dan saya tiada nak rahsiakan apa-apa. 

“Hidung saya masih besar dan saya bukan buat rawatan kecilkan hidung,” katanya kepada mStar.

Zahiril berkongsi perkara itu ketika ditemui pada acara tayangan dan sidang media filem Amira Amir yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada petang Selasa.

Menurut Zahiril, rawatan yang dilakukan bukanlah untuk mengecilkan atau memancungkan hidung, sebaliknya hanya bertujuan melemahkan otot hidung agar tidak terus mengembang seiring pertambahan usia.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon dan kru makan lauk ikan sardin seharian, Zahiril Adzim dedah pengalaman tak ‘best’ di set penggambaran

ARTIKEL BERKAITAN: Pujian beri tekanan, Zahiril Adzim larang diri kejar anugerah

“Hanya untuk lemahkan otot di bahagian hidung sebab bila makin menua makin kembang. Jadi saya lakukan supaya ia tidak membesar, itu saja,” jelasnya.

Tambahnya, dia tidak berniat untuk mengubah bentuk hidung menjadi mancung seperti pelakon Korea Selatan.

“Saya tiada niat nak kecilkan macam hidung Korea. Jangan risau, saya tak akan kecilkan hidung saya.

Zahiril janji tak akan kecilkan hidung.

“Saya dah 14 tahun dalam industri seni. Kalau saya nak buat, mungkin tahun kelapan atau kesepuluh saya sudah buat.

“Ini sudah 14 tahun, tak payahlah. Orang akan cepat perasan nanti,” ujarnya.

Tambah Zahiril, rawatan itu bukan kerana kurang keyakinan diri, sebaliknya sekadar ingin mencuba dan merupakan pengalaman kali pertamanya

Dalam perkembangan lain, Zahiril membintangi filem Amira Amir, iaitu drama sosial provokatif terbitan Astro Shaw yang bakal menemui penonton di Astro First bermula esok.

Selain Zahiril, filem ini turut dibintangi Sophia Albarakbah, Fezrul Khan, Zarynn Min dan Kartina Aziz.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain