HANTARAN penyanyi Elyana di Instagram yang sedang menerima rawatan di hospital mencuri perhatian ramai, termasuk rakan artis. Elyana atau nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal, 39, dipercayai sedang menjalani rawatan kemoterapi bagi merawat kanser limfoma yang dihidapinya sejak 2010. Bagaimanapun, Elyana tidak menjelaskan secara terperinci mengenai keadaan terkininya. Elyana berkongsi perkara itu di halaman Instagramnya. Hantaran tersebut menyentuh hati ramai apabila Elyana turut berkongsi beberapa kata-kata yang mengundang hiba. "Sebenarnya aku sudah faham arah akhirnya ke mana, tapi aku masih ingin tinggal sedikit lebih lama. "Menikmati sisa cerita sebelum semuanya benar-benar jadi kenyataan," katanya dalam satu hantaran di Instagram miliknya pada Selasa. Perkongsian itu menarik perhatian beberapa selebriti seperti Ella, Ziela Jalil dan Sherry Ibrahim yang meninggalkan komen dengan mendoakan agar Elyana tidak berputus asa.ARTIKEL BERKAITAN: Elyana tak terjejas selepas kembali jalani kimoterapi, mental positif bantu kekal kuatARTIKEL BERKAITAN: Elyana mahu dedah muka pengguna bacul, takkan berdiam diri jika terima komen biadab"Semoga Allah beri kesembuhan buat adikku. Sembuhkannya. Amin," kata Azza Elite. "Jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah. Semoga mendapat kesembuhan dengan segera," ujar Ziela Jalil. Untuk rekod, Elyana memberitahu dia menghidap kanser limfoma selepas tersingkir daripada program Gegar Vaganza pada 2017. Elyana disahkan menghidap kanser pada 2010. Katanya dia disahkan penyakit itu sejak 2010 dan jangkaan awal doktor dia hanya mampu hidup setahun sahaja. Untuk rekod, Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Cinta Sumayah, 16 tahun. Selain Cahaya, Elyana dan Khairul turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu Cahaya Ramadhani dan seorang anak angkat istimewa bernama Tulus.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube