suria

Dulu malu mengaku tinggal di flat, Syasya Rizal kini lebih hargai hidup sederhana... Nasihat opah buat hati tersentuh

Syasya bawa suami imbau kenangan sewaktu kecil.

RAMADAN kali ini memberi satu makna berbeza buat penyanyi Syasya Rizal apabila dia lebih menghargai kehidupan sederhana yang pernah dinikmati sewaktu zaman kanak-kanak. 

Mengimbau kenangan tersebut, Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 25, kembali melawat kawasan tempat tinggal dia bersama neneknya, Rozie Othman di sebuah rumah flat di Kuala Lumpur. 

Meskipun pernah membesar di kawasan tersebut, penyanyi itu memberitahu dia pernah berasa malu untuk bercerita kepada orang ramai tentang kediamannya itu. 

Syasya mengimbau kenangan waktu kecil. 

"Dulu saya pernah malu nak cerita yang duduk flat dengan nenek. 

"Hari ini saya balik semula membawa suami, bawa kenangan dan rasa bangga jadi anak yang dibesarkan dengan cinta yang sederhana," katanya. 

Syasya menulis perkara tersebut di akaun media sosial miliknya berserta video dia bersama suami, Nasrullah Mohd Sapie melawat kediaman berkenaan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Syasya Rizal selamat melahirkan bayi perempuan

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen kata gelojoh hamil anak kedua, Syasya Rizal kekal tenang... Percaya rezeki Allah

Kehadiran Syasya dan suami disambut oleh neneknya yang masih tinggal rumah tersebut.

"Setiap tingkat rasa macam bawa diri saya versi dahulu. Flat kecil inilah tempat membesar, belajar kuat walau hidup terasa sederhana. 

"Opah masih tersenyum dan berpesan perlahan 'hidup ini bukan tentang apa yang kita ada, tapi siapa yang tetap ada waktu kita tiada apa'. Ayat ringkas tapi rasa berat di hati," ujarnya. 

Syasya kini lebih menghargai kehidupan. 

Di hujung video berkenaan, Syasya mengingatkan kembali dirinya yang pernah terlupa untuk menghargai kehidupan sederhana. 

"Kalau Syasya yang dulu berangan nak jadi seseorang, rasa hidup tak pernah cukup. 

"Tapi Ramadan ini saya baru teringat yang sederhana itu paling ikhlas dan indah," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain