suria

Syasya Rizal selamat melahirkan bayi perempuan

Syasya selamat bersalin anak kedua.

PENYANYI Syasya Rizal selamat melahirkan bayi perempuan pada Isnin. 

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya. 

Syasya turut menyatakan rasa syukur atas kelahiran anak keduanya itu dan memohon doa orang ramai agar bayi mereka membesar dengan sihat serta menjadi penyeri keluarga.

Syasya kongsi moment anak dan suaminya melihat cahaya mata kedua.

“Masya-Allah TabarakAllah, Alhamdulillah 1 Disember 2025 lahirlah seorang lagi cahaya mata dalam hidup mama (panggilan Syasya) dan bapak (panggilan suami). 

“Lahirlah puteri kami. Allah titipkan lagi satu amanah untuk kami jaga, sayang dan bimbing. 

“Selamat datang ke dunia, sayang kecil mama,” katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Masih selesa dalam perut” - Syasya Rizal belum ada tanda nak bersalin

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen kata gelojoh hamil anak kedua, Syasya Rizal kekal tenang... Percaya rezeki Allah

Syasya berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada petang Selasa. 

Dalam hantaran dibuat, Syasya turut berkongsi video memaparkan suaminya, Nasrullah Mohd Sapie mendukung anak keduanya itu . 

Untuk rekod Syasya mendirikan rumah tangga dengan Nasrullah pada 20 April tahun lalu dan dikurniakan anak sulung, Mohd Yassir Hayyan yang kini berusia setahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia