PELAKON Ramona Zamzam tampil memberikan kata-kata semangat kepada Fathia Latiff yang sebelum ini meluahkan rasa kurang yakin terhadap penampilannya.
Menerusi ruangan komen di platform Threads milik Fathia, Ramona atau Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, 35, menawarkan diri untuk membantu aktres itu mendapatkan kembali bentuk badan ideal seperti dahulu.
"Tiya (panggilan Fathia), jom workout dengan saya?

Perkongsian Fathia di Threads menarik perhatian ramai.
"Saya akan buat bagi awak cantik balik," katanya.
Komen tersebut menerima perhatian peminat yang rata-rata menyokong tindakan Ramona dan memuji semangat persahabatan antara kedua-dua pelakon itu.
Sebelum itu, Fathia atau nama sebenarnya Nur Fatiya Abdul Latiff, 39, berkongsi perasaannya di Threads dengan mengakui dirinya kini tidak lagi menarik berikutan perubahan bentuk badan.
ARTIKEL BERKAITAN: Fathia Latiff akui perubahan wajah buat penampilan lebih teruk, ramai dah tak kenal bila berada di luar
ARTIKEL BERKAITAN: “Kahwin tak wajib” - Fathia Latiff kongsi pendapat cari pasangan, bimbang salah pilih teman hidup
"Selekehnya saya sekarang, dengan rambut sanggul, gemok lagi," tulisnya.
Sebelum ini, Fathia turut pernah meluahkan rasa rendah diri melihat perubahan wajahnya sehingga membuatkan dia tidak lagi bersemangat untuk bergaya.
Kata Fathia, orang ramai juga seolah-olah sudah tidak mengenalinya apabila berada di luar.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


