suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kahwin tak wajib” - Fathia Latiff kongsi pendapat cari pasangan, bimbang salah pilih teman hidup

Fathia anggap perkahwinan tidak wajib.

BERKONGSI tentang isu perkahwinan, pelakon Fathia Latiff berpendapat bahawa mendirikan rumah tangga bukanlah satu keutamaan.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fatiya Abdul Latiff, 39, turut mempersoalkan tanggapan sesetengah pihak yang asyik bertanya tentang perkahwinan serta mencari pasangan hidup.

"Kenapa orang selalu fikir fasal kahwin? Kahwin kan tak wajib," tulisnya menerusi hantaran di platform Threads.

Fathia ada pendapat tersendiri mengenai perkahwinan.

Menurut Fathia, mencari pasangan bukan perkara mudah kerana jika tersilap langkah, ia boleh memberi kesan buruk terhadap kehidupan seseorang.

Baginya, seseorang tidak harus menanggung akibat jika membuat pilihan salah untuk berumah tangga.

"Lepas itu kalau salah pilih pasangan nanti bercerai juga atau menderita seumur hidup. Hari-hari tengok muka pun bosan juga," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fathia Latiff akui perubahan wajah buat penampilan lebih teruk, ramai dah tak kenal bila berada di luar

ARTIKEL BERKAITAN: “Walau tidak lagi cantik di mata orang, saya tetap Fathia Latiff”

Sementara itu, dalam satu hantaran berbeza, pelakon ini turut menyentuh tentang komen orang yang bercakap mengenai bentuk fizikalnya.

Enggan ambil pusing akan tanggapan sekeliling, Fatiya mengakui kebahagiaan adalah perkara yang lebih penting dalam hidupnya.

"Tak kisah apa orang nak kata saya gemuk atau apa. Saya gembira dengan badan dan kehidupan sendiri," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Fathia Latiff, rumah tangga artis,

Artikel Lain