suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bau hujan dianggap ‘penawar‘ duka... Jangan tak tahu, itu sebenarnya campuran bahan kimia dan bakteria!

Ramai menjadikan aroma hujan sebagai terapi ketika berdepan stres.

RAMAI menganggap air hujan memiliki sejenis aroma yang menenangkan dan sering kali dijadikan sebagai 'penawar' duka atau ketika dalam tekanan.

Namun sebenarnya bau 'segar' yang muncul itu dikenali sebagai petrichor yang merujuk kepada aroma yang terhasil selepas hujan turun ke permukaan tanah kering.

Sebenarnya bau itu bukan datang dari air hujan sebaliknya terhasil daripada campuran bahan kimia dan bakteria yang dilepaskan ke udara.

Semasa tempoh cuaca kering, tumbuhan akan menghasilkan miyak tertentu yang boleh terkumpula pada permukaan tanah.

Pada masa sama, bakteria yang hidup dalam tanah menghasilkan sejenis sebatian organik dikenali sebagai geosmin.

Geosmin inilah yang bertanggungjawab memberikan bau tanah yang kuat dan menjadi antara komponen utama aroma yang biasa dikaitkan dengan hujan.

Dalam pada itu, seorang pengguna Threads, Syaiful Azman turut berkongsi info menarik berhubung isu berkenaan.

"Bau hujan itu bukan 100 peratus geosmin, ada petrichor, ozon dan bahan kimia lain, geosmin cuma salah satu komponen.

"Jadi bila korang rasa bau hujan tu satisfying, sebenarnya hidung korang sedang bertindak balas kepada chemical message yang sudah wujud jutaan tahun.

"Kalau benda sekecil itu boleh reach kita tanpa kita sedar, bayangkan apa lagi yang hidung kita kesan setiap hari tanpa kita faham," katanya.

Jadi, jika anda terasa tenang setiap kali terhidu bau tersebut, sebenarnya ia adalah satu kejadian proses alam yang cukup menarik dan bukan semata-maa terhasil dari air hujan.

Bau yang dianggap biasa itu merupakan hasil interaksi antara cuaca, tumbuhan, bakteria dan bahan kimia dari persekitaran.

Artikel Lain