Setiap pekerja wajar mematuhi waktu bekerja yang ditetapkan syarikat dan mengelakkan kelewatan hadir ke pejabat tanpa alasan yang munasabah. -Gambar hiasan AI
DALAM dunia pekerjaan, disiplin dan sikap bertanggungjawab merupakan antara perkara yang perlu dititikberatkan setiap pekerja.Baik yang lama mahupun baharu, setiap kakitangan perlu mematuhi peraturan bagi memastikan operasi syarikat berjalan lancar. Namun, lain pula kisah dikongsikan seorang wanita mengenai seorang pekerja muda di syarikatnya yang didakwa kantoi menipu gara-gara lewat ke pejabat."Adik-adik Gen Z serius ke tidak sebenarnya nak bekerja?Setiap pekerja perlu mematuhi peraturan agar operasi syarikat berjalan lancar. -Gambar hiasan AI"Pagi ini seorang staf baru beritahu pengurus, dia masuk lambat. Sepatutnya masuk kerja pukul 8 pagi, dan masa dia mesej dah pukul 10 pagi."Dia bagi gambar dalam klinik kesihatan, katanya bawa mak tak sihat," tulisnya dalam hantaran di Threads.Bagaimanapun, selepas membuat semakan lanjut, wanita itu mendapati alasan diberikan pekerja berkenaan rupa-rupanya tidak benar.Ini kerana gambar yang dikemukakan sebagai bukti sebenarnya adalah imej asal dari Google.ARTIKEL BERKAITAN: “Itu aku tak boleh janji” - Pekerja Gen Z ‘naik tocang’, kurang ajar ditegur jangan masuk kerja lambatARTIKEL BERKAITAN: Ingat nak cari geng kecam Gen Z lemah, pekerja senior pula dituduh ‘jilat’ bos - “Kau bukan kuat, cuma bangga jadi hamba!”"Pening kakak Millenial dik."Saya bagi pengurus gambar Google tu, minta pengurus balas dengan gambar semula."Fikir baik-baik dik nak jawab apa," tulisnya. Di ruangan komen, perkongsian wanita berkenaan mengundang perhatian warga maya yang tampil dengan pelbagai reaksi.Seorang wanita berkongsi kisah seorang pekerja baharu yang didakwa menipu alasan lewat masuk kerja.Pekerja itu sepatutnya mula bekerja pada pukul 8 pagi, tetapi hanya memaklumkan kelewatannya pada pukul 10 pagi.Dia beri alasan membawa ibunya ke klinik dengan menghantar sekeping gambar sebagai bukti.Namun, wanita itu mendapati gambar tersebut sebenarnya diambil daripada Google.Kisah itu mengundang pelbagai reaksi netizen, termasuk yang berpendapat sikap pekerja tidak sepatutnya dinilai berdasarkan usia.Ringkasan ini dijana oleh AIAda yang berkongsi pengalaman dengan pekerja Gen Z di tempat kerja masing-masing, namun ada juga menyifatkan sikap seseorang pekerja tidak semestinya diukur berdasarkan usia."Bila dia masuk kerja, awak pun hantar gambar ini dekat dia. Tengok dia berani tak nak angkat muka. Confirm resign."Naif sangat Gen Z ni. Dia ingat akak Millenial tak reti Google imej dan AI ke? "Helah dia dah lapuk," komen netizen.