DISIPLIN dan komitmen pekerja merupakan salah satu elemen penting yang menjadi penanda aras kejayaan sesebuah organisasi. Namun tugas mengurus sikap pekerja yang didakwa tidak mematuhi peraturan asas syarikat menjadi cabaran besar seorang individu. Dalam luahan di Threads, dia berkongsi pengalamannya ketika cuba berbincang secara baik dengan seorang pekerja muda berhubung isu kehadiran.ARTIKEL BERKAITAN: “Kena sembah cikgu senior ke?" - Pendidik Gen Z tak suka budaya lapuk beramah mesra di sekolah... Nak terus balik lepas kerjaARTIKEL BERKAITAN: Pekerja Gen Z ‘hilang’ lepas sebulan kerja, senior risau jika tiba-tiba jatuh sakit... Status WhatsApp bongkar segalanyaBagaimanapun ujarnya, pekerja tersebut bukan meminta maaf selepas ditegur, sebaliknya memberikan jawapan yang menyakitkan hati."Hari ni cuba slow talk dengan Gen Z tentang isu attendance kerana selalu lambat."Jawapan dia bagi... itu aku tak boleh janji. Eh, acik kau!"Kau kerja dengan company ke atau company kerja dengan kau? Itu peraturan la bodoh. Baran pula aku," tulisnya dalam perkongsian tersebut.Sikap kakitangan yang tidak berdisiplin boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakan sekerja. -Gambar hiasan AIMenurutnya lagi, sikap pekerja tersebut bukan sahaja melanggar peraturan syarikat malah jelas tidak menghormati majikan serta rakan sekerja yang lain."Senior dan bos masuk lebih awal daripada dia. Siap kerja lewat malam back to back. Dia relaks setiap hari datang lambat," kongsinya lagi.Individu tersebut bagaimanapun menambah, pekerja berkenaan kini sedang dalam proses untuk dipecat selepas beberapa prosedur diambil oleh pihak pengurusan atasan.Seorang individu meluahkan rasa kecewa terhadap sikap seorang pekerja muda yang sering lewat ke tempat kerja.Pekerja muda berkenaan memberi jawapan sambil lewa apabila ditegur mengenai isu kehadiran.Dia geram kerana pekerja tersebut melanggar peraturan syarikat serta tidak menghormati majikan.Pekerja berkenaan kini dilaporkan sedang dalam proses pemecatan.Ringkasan dijana oleh AIDi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bersetuju dengan tindakan tegas majikan, malah ada yang berkongsi pengalaman berdepan situasi sama melibatkan isu disiplin pekerja di tempat kerja masing-masing."Maaf cakap, kalau attendance, punctuality and attitude tak okey, jangan harap performance akan okey. Kita main surat je sekarang."Cakap balik dekat dia kalau dia tanya pasal gaji... itu aku pun tak boleh janji."Apabila ditegur merentan dekat status WhatsApp. Tak boleh tegur ya, anxiety je alasannya," demikian antara komen netizen.