SEORANGwanita mengakui berasa gelisah dengan perasaannya sendiri selepas tanpa sedar menaruh minat terhadap lelaki lain, meskipun sudah berstatus isteri.Menerusi perkongsian di Threads, wanita tersebut menjelaskan bahawa perasaan itu hadir secara tidak disengajakan dan berlaku secara tiba-tiba. Bagaimanapun, dia menegaskan bahawa dirinya tidak pernah melayan perasaan berkenaan.Orang ketiga mungkin menjadi punca pergaduhan suami isteri. -Gambar hiasan AI"Normal ke sebagai isteri, kita tiba-tiba ada crush kat lelaki lain? Tapi tak layan pun, masih setia dengan suami."Hanya jadi pemangkin semangat dalam diam-diam je, tiada siapa pun tahu," katanya.ARTIKEL BERKAITAN:Wanita tunangan orang tak keruan ‘crush’ satu pejabat puji comel... Siap setuju keluar berdua-duaan - “Suara dia jantan, aku terpikat”ARTIKEL BERKAITAN:Tiga tahun cuba mengurat, lelaki berstatus suami orang akhirnya mengalah... Hanya ‘blue tick’ lepas ‘crush’ kirim gambar kasut RM799Perkongsian itu menarik perhatian netizen dengan memintanya memikirkan sejenak apakah perasaannya jika suaminya bertindak sedemikian juga.Wanita itu menegaskan jika perasaan suaminya itu sekadar biasa seperti dialaminya dia menerimanya dengan hati terbuka."Kalaucrush biasa, saya boleh faham sebab dia pun manusia biasa tapi kalau dah tahap curang, saya undur diri dulu," katanya.Wanita gelisah kerana tiba-tiba ada minat pada lelaki lain.Tidak melayan perasaan itu, tetap setia pada suami.Perasaan jadi pemangkin semangat, tiada siapa tahu.Menghargai nasihat dan kritikan warganet.Luahan dibuat untuk melepaskan rasa bersalah.Ringkasan ini dijana oleh AISelain itu, dia mengucapkan terima kasih kepada warganet yang memberikan komen nasihat dan kritikan.Perkongsian itu menurutnya, hanyalah cara untuk melepaskan beban rasa bersalah di dada.“Saya takkan pergi jauh. Ini cuma luahan perasaan yang dipendam seorang isteri."Crushsaya tu pun tak tahu, dan mungkin suami saya pun ada deria keenam sebab dia tiba-tiba lebih clingy dengan saya baru-baru ini,” katanya.Hukum dalam IslamSyariat telah menentukan bahawa haram bagi lelaki mencintai isteri orang dan haram juga bagi wanita yang masih sah menjadi isteri orang, atau masih dalam idah, atau masih menjadi tunangan orang, untuk bercinta atau menaruh perasaan terhadap lelaki lain.