suria

Hantar beribu parcel, dapat gaji RM230 je! Isteri pekerja kurier berang suami dikenakan penalti tak masuk akal

Gaji tidak dibayar setimpal dengan kerja antara rungutan pekerja kurier. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa suaminya hanya menerima gaji sebanyak RM230 selepas bekerja sebagai penghantar barang di sebuah syarikat kurier.

Menurut wanita itu, suaminya baharu sahaja menyertai syarikat berkenaan dan dimaklumkan semasa sesi temu duga bahawa pekerjaan tersebut adalah secara sepenuh masa dengan gaji asas serta komisen.

Namun, selepas mula bekerja, suaminya berjaya menghantar sebanyak 2,600 parcel, tetapi terkejut apabila gaji yang diterima jauh lebih rendah daripada jangkaan.

Hujan antara sebahagian cabaran yang perlu dihadapi pekerja kurier dalam menghantar pesanan pelanggan. -Gambar hiasan AICuaca yang tidak menentu antara sebahagian cabaran yang perlu dihadapi pekerja kurier. -Gambar hiasan AI

"Suami aku tanya la kenapa gaji RM230 je, mereka kata bulan pertama dikira sebagai pekerja sambilan.

"Kalau nak diserap sebagai pekerja sepenuh masa, perlu capai sasaran 3,520 parcel," dakwanya menerusi perkongsian di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita batal pesanan lepas tiga hari berturut-turut buli abang kurier! Suruh COD tapi keluar rumah, duit pun tak tinggal

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan beli barang COD pergi bercuti, suruh abang kurier buka pagar... Lega dah siap tinggal duit - “Baki RM4 saya sedekah”

Kata wanita itu, suaminya turut dikenakan pelbagai potongan termasuk bayaran berkaitan transaksi bayaran tunai semasa serahan (COD) sebanyak RM700 serta caj parcel bermasalah berjumlah RM200.

"Suami aku tanya mana lagi baki gaji dia. Mereka cakap dikenakan penalti sebab COD lambat. Wehh melampau, tolak nak RM1,000 lebih," katanya.

Wanita itu meluahkan rasa tidak puas hati kerana mendakwa perkara tersebut tidak dijelaskan secara terperinci semasa sesi temu duga, sekali gus membuatkan suaminya berasa tertipu.

  • Wanita dakwa suami hanya terima RM230 walaupun hantar 2,600 parcel.
  • Suami diberitahu bulan pertama dikira pekerja sambilan.
  • Pelbagai potongan dibuat termasuk COD dan penalti.
  • Syarat kerja didakwa tidak dijelaskan semasa temu duga.
  • Netizen cadang pekerja buat laporan kepada JTK.

Dia bagaimana pun tidak menyatakan jumlah sebenar gaji yang ditawarkan kepada suaminya, selain tidak mendedahkan cawangan syarikat kurier tersebut selepas ditanya netizen.

Sementara itu, beberapa pengguna maya berkongsi pengalaman serupa yang dialami mereka selepas membaca perkongsian tersebut.

"Saya kerja syarikat tu dan memang betul penalti sekarang gila-gila. Paling murah penalti RM10 sebab tak selfie pakai baju kerja.

"Sebagai bekas staf, maaf saya cakap kerja kurier ni tak berbaloi langsung," dakwa netizen.  

Lapor JTK

Golongan pekerja kurier yang ditindas disaran membuat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) bagi mendapatkan kembali hak mereka.

Berdasarkan laporan media 23 Januari lalu, JTK Selangor menyerbu sebuah syarikat perkhidmatan kurier selepas dipercayai gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum 2024 dan tidak membayar gaji lebih masa (OT) kepada pekerja.

 

Artikel Lain