PENYANYI Nizam Laksamana memberitahu dia tiba-tiba diserang masalah vertigo selepas mengalami pening kepala yang melampau ketika tampil membuat persembahan dalam sebuah acara pada Ahad.Kata Nizam, 58, dia pada awalnya menyangka mengalami masalah jantung namun disahkan menghidap vertigo selepas melakukan pemeriksaan lanjut di sebuah pusat perubatan. "Ahad lepas saya ada persembahan di Klang, bila tiba giliran menyanyi saya rasa pening dan nak tumbang. Tapi saya bertahan juga dan teruskan menyanyi.Nizam minta pandangan ramai cara mengawal vertigo. "Awalnya dah syak sakit jantung, tetapi tidaklah rasa sakit dada atau berpeluh teruk."Selepas pulang ke rumah keadaan tidak bertambah baik. Saya hampir pitam pada Selasa dan selepas itu terus minta isteri bawakan ke klinik. Selepas buat pemeriksaan di dua buah klinik, doktor sahkan saya memang ada vertigo," katanya ketika dihubungi mStar.Nizam sebelum itu berkongsi masalah yang dihadapi di laman Threads miliknya meminta pandangan orang ramai tentang cara mengawal serangan vertigo.ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak pernah halau, sebaliknya dia balas dengan jelingan!” - Nizam Laksamana tuntut Roy Ratnaku minta maaf ARTIKEL BERKAITAN: Murninya hati Nizam Laksamana, terpanggil buat showcase bantu pesakit kanser dan anak autismePenyanyi ini memberitahu dia perlu lebih berhati-hati memandangkan serangan vertigo boleh berlaku pada bila-bila masa."Sekarang ini memang kena jaga pemakanan. Saya tak boleh makan makanan laut dan minum kafein. Saya tak boleh makan apa-apa yang boleh trigger vertigo. Saya memang peminat latte, jadi lepas itu tak boleh minum kopi lagi."Saya juga perlu tahu mengawal keadaan jika diserang vertigo. Macam mana nak berjalan, bangun atau sebagainya," ujarnya.Nizam harap dapat meneruskan kerjaya nyanyian dengan baik. Tidak menyangka masalah tersebut datang secara tiba-tiba, Nizam juga berharap tahap kesihatannya sentiasa terkawal memandangkan masih banyak urusan kerja termasuk jadual persembahan yang perlu diselesaikan."Saya harap masalah ini tidaklah berlarutan. Semoga apa yang berlaku juga tidak mengganggu persembahan saya selepas ini," luahnya.