suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiba-tiba batuk teruk, Faizal Ramly jatuh sakit menjelang minggu kedua GV Fantasia

Faizal harap kesihatanan segera pulih.

SUSULAN masalah kesihatan yang dialami, penyanyi Faizal Ramly berasa gusar jika keadaan itu mengganggu persembahannya di pentas Gegar Vaganza Fantasia (GVF) untuk konsert minggu kedua, Ahad ini.

Faizal atau Mohammad Faizal Ramly, 42, dalam masa sama enggan menghampakan peminat memandangkan program tersebut baru sahaja berlangsung.

"Memang susah hati, GVF baru sahaja bermula tapi dah datang demam. Macam-macam perasaan datang, saya kena fikir bagaimana nak nyanyi nanti.

Faizal perlu mendapatkan rawatan susulan jika belum pulih dalam tempoh terdekat. 

"Apa pun saya akan tetap teruskan persembahan dengan seberapa mampu. Jika sihat sepenuhnya saya harap dapat buat yang terbaik.

"Dalam keadaan begini, saya pun tak pasti boleh pulih atau tidak," katanya ketika dihubungi mStar.

Faizal sebelum itu berkongsi gambar dia mendapatkan rawatan di sebuah klinik susulan mengalami demam dan batuk teruk.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun ‘ghaib‘... Faizal AF4 balik Terengganu, pernah sertai Askar Wataniah 

ARTIKEL BERKAITAN: Faizal AF4 terdetik mahu berhenti menyanyi, sedar bukan mudah bertahan dalam industri

Malah ketika dihubungi kedengaran suaranya yang masih sukar bercakap kerana menahan batuk.

"Saya mula batuk sejak malam Selasa, kemudian pada hari Rabu dah demam. Saya terus ke klinik dan doktor sarankan untuk saya berehat.

"Saya pun tak tahu apa puncanya batuk ini. Mungkin kurang rehat," ujarnya.

Kemunculan Faizal mendapat sambutan baik peminat. 

Berkongsi tentang penglibatan di pentas GVF, Faizal meluahkan rasa syukur apabila kemunculannya mendapat sambutan baik dalam kalangan peminat.

"Syukur untuk minggu pertama saya berada di kedudukan nombor lima selepas tamat persembahan. Komen penyokong juga beri saya semangat untuk terus beraksi," luahnya.

Artikel Lain