suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan seronok sangat buat cabaran ‘rock balancing‘ ketika berkelah... Hidupan ikan boleh terjejas, punca kepala air

Aktiviti menyusun batu sungai boleh mengundang risiko pada pembiakan ikan air tawar.

MENYUSUN batu secara bertingkat atau rock balancing sering menjadi antara aktiviti santai ketika berkelah di sungai.

Ada segelintir pula menyifatkan aktiviti itu sebagai simbolik kenangan dan tanda 'hadir' selain ia menenangkan.

Namun tanpa disedari, amalan tersebut sebenarnya mengundang risiko besar kepada pembiakan ikan di perairan air tawar.

Persatuan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Jejak Air Tawar sebelum ini pernah mengulas isu berkaitan yang disifatkan cukup berbahaya jika tidak dihentikan.

Katanya, masih ramai tidak sedar bahawa sesetengah spesies ikan memiliki telur bersaiz kecil yang berada di permukaan batu sungai.

"Kalau batu kecil tidak mengapa tapi batu bersaiz segenggam tangan dan ke atas ada keberangkalian telur ikan ada di permukaannya. Memang ramai tak perasan.

"Anda mungkin hanya nampak dua ke tiga spesies ikan, saya pula telah rekodkan lebih daripada 10 spesies ikan yang besar dan bersaiz lidi," ujarnya di laman Facebook.

Sementara itu, seorang pengguna Threads Nur Aqilah turut menyuarakan pendapat berhubung isu berbangkit yang menurutnya bukan sahaja mengganggu populasi ikan, malah menyebabkan risiko kepala air.

"Batu sungai ini berfungsi sebagai sauh yang menghadang daripada hakisan pasir dan air sungai daripada menjadi keruh. 

"Apabila kita alih batu, pasir akan naik ke atas, hakisan tanah jadi makin cepat, sungai akan berkeladak masa hujan. 

"Ini semua akan jejaskan ikan-ikan dalam sungai dan risiko kepala air. Air jadi lagi deras sebab mengubah batu ini akan ubah sekali aliran air sungai," katanya.

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk tidak sewenang-wenangnya mengalih ataupun menyusun batu sungai demi menjaga populasi perairan kita. 

Tidak dinafikan ia cukup popular di kalangan masyarakat namun, sebaiknya trend itu dihentikan khususnya dalam kalangan generasi muda yang kurang cakna tentang hal berkenaan.

Artikel Lain