suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syarikat Raffi Ahmad buka mulut jawab kontroversi kontrak kerajaan RM3.3 juta

Syarikat Raffi menegaskan semua urusan kerjasama dengan agensi kerajaan dilaksanakan secara profesional.

SYARIKAT milik pengacara terkenal Indonesia, Raffi Ahmad tampil memberikan penjelasan susulan kontroversi kontrak kerajaan bernilai kira-kira RM3.3 juta yang didakwa kemungkinan wujudnya konflik kepentingan.

Menerusi kenyataan rasmi, pihak RANS Entertainment Indonesia menegaskan semua urusan kerjasama dengan agensi kerajaan dilaksanakan secara profesional dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Setiausaha Korporat RANS, Chintami M. Sihombing berkata, pihaknya memahami kebimbangan masyarakat memandangkan Raffi merupakan pemegang saham majoriti syarikat berkenaan selain memegang jawatan sebagai Utusan Khas Presiden Indonesia.

Raffi diboikot gara-gara kehadirannya dalam acara Deklarasi Sumpah Pemuda Mahasiswa Indonesia 2026.

Menurut Chintami, syarikat tersebut sudah beroperasi sejak 2018 dan menjalinkan pelbagai kerjasama komersial sebelum Raffi dilantik memegang jawatan kerajaan pada Oktober 2024.

Dalam masa sama, RANS menjelaskan nilai kontrak kira-kira RM3.3 juta itu bukan sekadar bayaran untuk memuat naik kandungan di media sosial, sebaliknya turut merangkumi kos penerbitan video, perjalanan, logistik dan kehadiran pempengaruh ke acara.

Kontroversi tersebut tercetus selepas badan pemantau rasuah Indonesia Corruption Watch (ICW) mempersoalkan kewajaran pemberian lapan pakej kontrak kerajaan kepada syarikat berkaitan Raffi bagi tempoh 2024 hingga 2026.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum reda isu boikot, syarikat Raffi Ahmad pula didakwa terima kontrak kerajaan RM3.3 juta

ARTIKEL BERKAITAN: Raffi Ahmad terus diboikot, undangan ke festival dibatalkan

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia (KPK) turut memberi perhatian terhadap isu berkenaan dan akan meneliti isu itu bagi mengenal pasti sama ada terdapat unsur kesalahan rasuah dalam pemberian kontrak tersebut.

Bagaimanapun, penelitian itu masih di peringkat awal dan setakat ini belum ada pengesahan bahawa Raffi atau syarikatnya melakukan sebarang kesalahan rasuah mahupun penyelewengan.

Artikel Lain