BELUM reda kontroversi boikot terhadap pengacara terkenal Indonesia Raffi Ahmad, syarikat miliknya pula menjadi perhatian selepas didedahkan memperoleh kontrak perkhidmatan daripada dua kementerian kerajaan bernilai kira-kira RM3.3 juta.Perkara itu dibangkitkan oleh badan pemantau rasuah Indonesia Corruption Watch (ICW) yang mempersoalkan kewajaran penggunaan dana kerajaan bagi mendapatkan khidmat pempengaruh menerusi syarikat PT Rans Animasi Indonesia milik Raffi. Menurut ICW, berdasarkan rekod perolehan kerajaan, sebanyak lapan pakej kontrak diberikan kepada syarikat berkenaan antara tahun 2024 hingga 2026 membabitkan Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi serta Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia.Kontrak tersebut bermula pada 2024 hingga 2026. Kontrak tersebut merangkumi penerbitan kandungan promosi di Instagram, TikTok dan YouTube milik Raffi bersama isterinya, Nagita Slavina, selain bayaran bagi menghadiri beberapa acara anjuran kerajaan.Malah, ICW turut mempersoalkan peruntukan kira-kira RM129,000 bagi satu pakej siaran Instagram Story di akaun pasangan selebriti berkenaan yang disifatkan terlalu tinggi ketika kerajaan sedang melaksanakan langkah penjimatan perbelanjaan.ARTIKEL BERKAITAN: Raffi Ahmad terus diboikot, undangan ke festival dibatalkanARTIKEL BERKAITAN: Raffi Ahmad hilang lebih 400,000 pengikut IG gara-gara diboikotBadan pemantau itu turut membangkitkan persoalan mengenai ketelusan proses pemberian kontrak serta keberkesanan penggunaan khidmat pempengaruh, selain menggesa supaya perbelanjaan wang rakyat dapat dipertanggungjawabkan.Perkembangan itu muncul ketika Raffi berdepan kecaman susulan kehadirannya dalam program deklarasi mahasiswa pada 29 Oktober lalu yang mencetuskan dakwaan terdapat peserta menyamar sebagai mahasiswa.Kontroversi tersebut membawa kepada seruan boikot terhadap Raffi dan perniagaannya, termasuk pembatalan undangan ke festival GSI Youth Fest di Solo, Jawa Tengah pada 8 November lalu.