suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syida Melvin dah buntu, terpaksa buat live ‘halau’ bekas suami keluar rumah... “Anak-anak nak sekolah, aku tak ada tempat”

Syida jelaskan punca sebenar dia menghalau bekas suaminya.

PELAKON Syida Melvin mengambil keputusan untuk mendedahkan kemelut rumah tangganya bersama bekas suami iaitu Mohd Syafiq Azim menerusi siaran langsung di media sosial selepas mendakwa sudah buntu dan tidak tahu cara lain untuk menyelesaikan kemelut tersebut.

Menurut Syida, 29, tindakan itu terpaksa diambil kerana dia berada dalam keadaan terdesak untuk kembali tinggal di kediaman berkenaan bersama anak-anak, lebih-lebih lagi sesi persekolahan bakal bermula tidak lama lagi.

"Kalau korang rasa macam... 'Eh kenapa Syida viralkan ini, tak malu ke?'. Aku dah tak ada idea tau. Anak-anak aku nak sekolah, aku tak ada tempat.

"Aku menumpang rumah Kak Long, aku balik kampung, empat bulan aku duduk kampung. Baju anak-anak, mainan anak-anak sana sikit, sini sikit.

Syida berkongsi perkara itu di media sosialnya pada Selasa. 

"Kenapa aku nak kena cari rumah sewa? Kenapa aku nak kena cari tempat lain? Kau seorang-seorang, kau pergi duduk tempat lain. Kau banyak rumah, keluarga kau kaya, kau banyak aset. Kau pergi duduk sana. Bagi ruang dekat aku dengan anak-anak nak duduk rumah itu," luahnya menerusi satu hantaran di media sosial pada Selasa.

Memberitahu punca dia membawa anak-anak keluar dari kediaman tersebut sejak April lalu, Syida mendakwa dirinya tidak mampu lagi bertahan berdepan penderaan emosi serta hinaan berterusan.

Malah, Syida memberitahu sepanjang dia berada di kampung, dia terpaksa mengupah guru peribadi demi memastikan pelajaran anak-anaknya tidak tercicir. 

"Dah lapan bulan aku dengan anak-anak keluar. Ya, aku keluar sebab aku nak lindungi aku punya mental, fizikal dan pemikiran anak-anak aku. Kenapa? Sebab penderaan emosi. Kena caci maki dan hina itu benda biasa bagi dia. Sebab itulah aku keluar dari rumah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lapan bulan merempat dengan anak-anak, Syida Melvin desak bekas suami keluar rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami dakwa Syida Melvin belum ‘move on‘, yakin masih berpeluang kembali bersama

"Aku diam selama ini sebab aku dah kena caci maki. Dia hina aku orang miskin, dia terpaling kaya. Mak bapa aku tiada rumah, menumpang rumah orang. 

"Lepas itu dia cederakan diri sendiri, tuduh kata aku buat. Dia pecahkan meja, kata aku buat. Tapi sekarang ini bila dah habis edah dan bercerai, dia pusing cakap siapa suruh aku keluar dulu? Dia tak habis-habis cakap rumah itu harta sepencarian. 

"Ya, betul! Tapi tak ada ke hak aku dan anak-anak untuk duduk di situ sementara mereka nak sekolah? Susah aku nak menumpang dan merempat rumah orang," ujarnya. 

Dalam pada itu, Syida mendedahkan peguamnya sudah menghantar beberapa surat bagi membenarkan dia mendiami rumah tersebut, namun bekas suaminya tetap berkeras. 

Syida berkata dia sudah tidak lagi mampu bertahan dengan sikap bekas suaminya itu. 

"Peguam aku hantar empat lima surat, dia buat tak tahu dan buat keras kepala cakap dia nak perintah mahkamah. Perintah itu lambat, ambil masa enam ke lapan bulan. Anak aku nak sekolah sekarang.

"Bukan hari ini saja aku cakap nak masuk rumah itu, dah lama. Daripada Ogos hari itu aku dah maklumkan 30 Ogos aku nak balik rumah dan minta dia bersiap kemas barang. Peguam pun dah hantar surat," katanya.

Syida turut menolak dakwaan kononnya isu peribadi ini dijadikan 'gimik' atau modal untuk mempromosikan produk perniagaannya.

Artikel Lain