suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lapan bulan merempat dengan anak-anak, Syida Melvin desak bekas suami keluar rumah

Syida (kiri) dan Syafiq sudah sah bercerai sejak Ogos lalu.

GELAGAT bekas suami pelakon Syida Melvin iaitu Syafiq Azim, mencuri perhatian apabila turut muncul ketika aktres itu sedang bersiaran langsung menerusi aplikasi TikTok pada Selasa.

Menerusi siaran langsung itu, Syida, 29, dipercayai berada di kediaman berkenaan untuk bertemu Syafiq, 37, bagi menyelesaikan beberapa isu berbangkit.

Antaranya, Syida menyuarakan hasrat untuk kembali menetap di rumah berkenaan selain berharap bekas suaminya itu segera mengosongkan kediaman tersebut bagi membolehkannya tinggal bersama anak-anak.

Syida dan Syafiq berbalah disaksikan netizen di TikTok.

"Lapan bulan sudah aku mengalah dengan kau Syafiq. Kau duduk sini goyang telur seorang-seorang. Kau keluar, aku nak duduk sini dengan anak-anak.

"Lapan bulan anak-anak merempat, baju sana sini sikit. Kau cakap apa, ‘meh duduk sini’. Kau suruh duduk sama sedangkan dah habis edah, dah bercerai," katanya menerusi siaran langsung itu.

Syafiq yang menetap di kediaman berkenaan bagaimanapun dilihat tidak menghiraukan permintaan bekas isterinya itu, malah meneruskan aktivitinya seperti biasa termasuk menunaikan solat sebelum mengajak anak-anak mereka makan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami dakwa Syida Melvin belum ‘move on‘, yakin masih berpeluang kembali bersama

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya ditinggalkan dengan hutang bank“ - Syida Melvin kesal bekas suami culas bayar pinjaman

Malah, Syafiq juga dilihat seolah-olah tidak mengendahkan kehadiran Syida serta didakwa menghalang proses menukar kunci rumah yang sedang dilakukan.

Dalam siaran langsung sama, Syida turut dilihat meminta bantuan pihak polis bagi membantunya menghalau bekas suami keluar dari kediaman tersebut.

Jelasnya, dia juga sudah mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara tersebut, namun mendakwa Syafiq tidak mengendahkannya.

Syafiq dilihat tidak mengendahkan pemintaan Syida.

Siaran langsung itu meraih perhatian ramai yang rata-rata terkejut melihat sikap dan tingkah laku bekas suami Syida.

Sementara itu, usaha mStar untuk menghubungi wakil peguam Syida bagaimanapun tidak berjaya apabila hantaran WhatsApp tidak dibalas.

Untuk rekod, Syida Nur Syifa Assyida Amirol Melvin, dan Syafiq sah bercerai talak satu pada 12 Ogos lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, 7, Sara Sajedda, 6, dan Serhan Isa, setahun.

Artikel Lain